Penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mengalakkan semua pemain tempatan mencuba nasib beraksi dalam Liga Thailand kerana ia menawarkan kemudahan yang lebih baik dan jarang berlaku tunggakan gaji.

Malah, Thai League 1 juga membuka 3 slot pemain import untuk pemain dari Asia Tenggara sekaligus mencerahkan peluang mendapat tempat dalam kelab tersebut.

Melalui pendedahan dalam Stadium Astro, Mat Yo yang beraksi dengan kelab BG Pathum United mengakui beberapa pemain pasukan Liga Super telah menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana cara untuk mendapat peluang beraksi di Thailand.

“Pemain tempatan harus mencuba nasib di negara Thailand kerana di sini, pengurusan dan kemudahan mereka agak baik. Cuma, kalau di Malaysia, mungkin Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terbaik. Jadi, tiada masalah untuk pemain Malaysia mencuba nasib di Thailand.

“Memang ada beberapa pemain kebangsaan menghubungi saya dan berminat untuk bermain di sini tetapi saya tidak harus mendedahkan nama mereka.” tambahnya.

Matyo
Sumber Gambar: BG Pathum United

Selain Mat Yo, seorang lagi pemain skuad kebangsaan beraksi dalam Thai League 1 ialah Dominic Tan Jin Jung yang mengikat kontrak dengan Police Tero FC selama 2 tahun.

Dominic sebelum ini menyertai Police Tero FC secara pinjaman daripada JDT sehingga saingan Thai League 2 musim 2019 menutup tirai. Police berjaya muncul sebagai naib juara dibelakang BG Pathum United sekaligus layak beraksi dalam saingan Thai League 1 musim ini.

Sebelum ini, penyerang Perak, Shahrel Fikri pernah berhijrah ke Thailand menyertai kelab Nakhon Ratchasima untuk mengembangkan bakatnya.

Shahrel menyertai Nakhon Ratchasima secara pinjaman dari PKNP FC selama 6 bulan sehingga penghujung musim 2018 dimana beliau berjaya menjaringkan satu gol dalam saingan Thai League 1 dan satu gol dalam saingan Thai League Cup.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan kembali semula beraksi di Thai League 1 jika mendapat tawaran rasmi daripada mana-mana kelab di negara itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Mat Yo bersama kelab BG Pathum United melalui pautan dibawah.

Ejen Dari Thailand Ambil Tindakan Saman Mat Yo

Mat Yo Buat Penampilan Pertama, BG Pathum United Tersingkir Daripada Piala Pra Musim LEO

BG Pathum United Umumkan Jersi ‘Nameset’ Norshahrul Idalan Talaha Akan Dijual Pada Hari Isnin