Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi atau dipanggil sebagai Mat Don cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Namanya meletup ketika beraksi dengan pasukan Kedah dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2015 hingga 2018.

Mat Don kini berada di Australia menyertai Newcastle Jets secara pinjaman daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, beliau juga turut berkongsi kisah menarik mengenai pengalamannya bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan sebelum mendapat kontrak sebagai pemain bola sepak profesional.

Pemain kelahiran Kosovo ketika itu berdepan pelbagai dugaan serta tiada pilihan lain dan beliau sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara keluarganya.

“Ketika masih muda, saya banyak menghabiskan masa di jalanan. Saya cuba membantu keluarga,” katanya dalam satu temubual eksklusif dengan media Newcastle Jets. 

“Saya buat latihan sendirian. Tidak kira ketika hujan, salji turun atau ribut melanda, saya tetap turun berlatih. Saya berlatih bersungguh-sungguh kerana saya tahu masanya akan tiba nanti,” katanya.

Abimanyu

FOTO: Newcastle Jets

Meskipun pernah gagal dapat kontrak profesional dengan kelab Jerman, namun pemain yang berusia 29 tahun itu tidak pernah putus asa untuk memburu cita-citanya bergelar pemain bola sepak berbekalkan pengalamannya berlatih dengan akademi Bayern Munich dan FC Nurnberg.

“Saya bangga dengan pengalaman saya dan bersyukur diberi peluang berada di sana,” jelas Mat Don yang sempat membuat satu penampilan dengan sebuah kelab dari Republik Czech, Mlada Boleslav.

Sebaik sahaja kontraknya bersama kelab divisyen 2 Turki ditamatkan, Mat Don membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat yang lebih jauh. Beliau memilih Malaysia dan menyifatkan ia adalah keputusan yang paling tepat dalam hidupnya.

Mohamadou Sumareh

Liridon Krasniqi kini merupakan warganegara Malaysia yang sah.  Sumber Gambar: FAM

“Beraksi di Malaysia pun sudah cukup jauh dari rumah saya. Saya tidak pernah menjangkakan akan pergi lebih jauh dari itu.

“Saya sifatkan tempoh beraksi di Malaysia adalah paling berjaya. Saya amat cintakan negara ini,” katanya yang bakal sarung jersi Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 bulan Jun ini.

Bagaimanapun, beliau sedia pertimbangkan tawaran kelab lain untuk kekal beraksi di Australia meskipun rindukan Malaysia.

“Saya sudah rasakan diri ini amat dialu-alukan di sini walaupun ketika masih berada di Malaysia. Disebabkan itu, saya rasa amat gembira dengan peluang beraksi di sini,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liridon Krasniqi melalui pautan dibawah.

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin

Penyokong Newcastle Jets Mahu Liridon Krasniqi Diberi Banyak Minit Permainan

Liridon Krasniqi Lakukan Debut Bersama Newcastle Jets Dalam Saingan A-League Musim 2021

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group