Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tonggak jentera tengah Chelsea, Mason Mount mengakui peranan berat digalas olehnya pada ketika ini sebaik sahaja pengurus pasukan, Thomas Tuchel hadir bagi membimbing kelab tersebut.

Hal ini kerana menurut pendedahan Mount menerusi laporan Goal, pengendali kelahiran Jerman itu akan meminta beliau untuk bermain di lima posisi berbeza dalam satu perlawanan.

Sebelum ini, para peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) menjangkakan bahawa Mount tidak lagi menjadi pilihan kesebelasan utama selepas Frank Lampard dipecat tetapi sangkaan itu jelas meleset apabila Tuchel cukup berminat dengan pemain berusia 22 tahun itu.

Beliau sentiasa menjadi pilihan Tuchel untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dengan peranan yang lebih berat terpaksa digalasnya.

Bagaimanapun, Mount jelas tidak terkesan dengan perkara tersebut sekali gus turut memuji Tuchel kerana apa yang dilakukan membantu dalam mempercepatkan perkembangannya di atas padang.

“Ia telah menjadi sedikit seperti ‘roller-coaster’ dalam beberapa bulan terakhir ini tetapi ia merupakan pengalaman berharga buat saya. Saya banyak belajar selepas pertama kali diberikan peranan sebagai kapten.”

“Saya telah bermain lima posisi dalam satu perlawanan, bukan tiga! Saya menukarnya beberapa kali tetapi semua itu merupakan pengalaman baik untuk saya pelajari.”

“Saya serba boleh dan boleh menukar posisi. Itulah yang diperlukan dalam bola sepak moden pada ketika ini,” ujar Mount.

Selepas mengharungi 39 perlawanan dalam semua pertandingan pada musim ini, Mason Mount telah menjaringkan enam gol dan mencipta enam bantu jaringan untuk menjadikan sebagai antara tonggak utama buat The Blues.

Teruskan membaca artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Jesse Lingard Dedah Individu Penting Di Sebalik Kebangkitannya

Isaac Angking Pilih Puerto Rico, Peluang Wakili Malaysia Kini Tertutup

Mino Raiola Buat Perangai Lagi, AC Milan Mulakan Pencarian Penjaga Gol Baharu

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group