Pemain pertahanan dari Jepun, Masaki Watanabe sah memperkuatkan benteng pertahanan Terengganu FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh Masaki menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau berhijrah dari satu lagi pasukan dari Pantai Timur, TRW Kelantan FC.

Musim 2021 akan menjadi musim ketiga Masaki dalam saingan Liga Malaysia. Setelah berdepan memori hitam bersama Perlis Northern Lions (PNL) yang menyaksikan pasukan itu dibubarkan pada awal musim 2019, Masaki kemudiannya menyertai Felda United.

Semuasim bersama Felda, pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya menyertai Kelantan dengan kontrak selama satu musim. Bersama Kelantan, Masaki membantu pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ke-6 selain layak ke saingan Piala Malaysia.

Masaki Watanabe merupakan pemain import pertama yang dibawa masuk oleh Terengganu dan pemain itu berkemungkinan besar akan kekal di Liga Perdana bagi membantu Terengganu FC II.

Sebelum ini, skuad bimbingan Nafuzi Zain telah membawa masuk beberapa pemain tempatan seperti Faisal Halim, Nik Akif Syahiran dan Asnan Ahmad.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

TRW Kelantan FC ‘Reset’ Pasukan Untuk 2021, Guna 90% Pemain Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden

Konsep Binaan Kontena Jadi Pilihan Terengganu FC Naik Taraf Fasiliti Pusat Latihan

Abou Bakr Al-Mel Semakin Hampir Sertai UiTM FC