Kapten legenda treble Inter Milan iaitu Javier Zanetti berkongsi tentang mentaliti pasukan itu ketika era Jose Mourinho.

Zanetti yang kini merupakan timbalan presiden Inter mengakui, para pemain Inter ketika itu sanggu berjuang apa sahaja untuk pengurus mereka.

Jose Mourinho menikmati dua musim yang cemerlang di Itali bersama Inter Milan terutama sekali dengan kejayaan treble pada 2009/10.

Zanetti berkata: “Demi Mourinho, kamu sanggup terjun ke dalam bara api sekalipun. Dengan adanya beliau mengendalikan pasukan, kamu tak takut langsung dengan apa sahaja.”

Mengenang kembali detik pertama kali beliau berhubung dengan Mourinho, Zanetti menyatakan ketika itu beliau dan isterinya sedang bersiap sedia untuk terbang pulang ke Argentina.

“Saya ada di Fiumicino bersama isteri saya, sedang berkira kira nak pulang ke Argentina. Kemudian telefon saya berbunyi, saya tak kenal nombor itu ketika itu dan saya mengangkatnya.”

“Saya mendengar dia bercakap bahasa Itali berkata: ‘Saya Jose, saya baru menandatangani kontrak bersama Inter. Maaf jika bahasa Itali saya teruk. Kamu orang pertama saya hubungi. Saya berharap kepada kamu untuk menjadi kapten pasukan saya’. Dia terus tutup telefon.”

“Saya memandang isteri saya dan berkata, Paula ada sesuatu yang besar bakal berlaku.”

“Reaksi isteri saya, dia terkedu, begitu juga saya.”

“Mourinho memberikan yang terbaik untuk pasukan ini, termasuk kesemua personalitinya. Beliau bercakap dengan jelas di dalam bilik persalinan dan di hadapan media.”

“Kami pula hanya perlu patuh dan setuju dengan perancangan taktikal beliau.”

Zanetti terharu apabila namanya berada dalam senarai kesebelasan pilihan Jose Mourinho pada baru baru ini. Beliau menganggap itu satu merit dan penghargaan.

Namun selepas musim musim yang luar biasa bersama Inter, Jose Mourinho meninggalkan Inter Milan untuk menyertai Real Madrid. Dan kembali semula ke Chelsea.

Baca juga perkembangan lain bola sepak

Pemain Hertha Berlin Menjadi Yang Pertama Melanggar Peraturan Penjarakan Sosial Di Atas Padang Bola

Bekas Pemain Pahang Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Kelab Hong Kong, KC Southern FC

Tiga Sebab Kenapa Penyokong Terengganu Wajib Memiliki Jersi TFC ‘Blackout Edition’