Pasukan Perak gagal mempertahankan lkejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu apabila tewas kepada Selangor pada perlawanan suku akhir kedua dengan keputusan 3-1 sekaligus tersingkir daripada saingan dengan agregat 3-2.

Kegagalan ini lantas mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan pengendali pasukan, Mehmet Durakovic sama ada beliau kekal membimbing Perak pada musim hadapan ataupun diganti dengan ketua jurulatih lain.

Masa
Sumber Gambar: Perak TBG

Bekas pengendali Selangor itu mempunyai kontrak tiga tahun sehingga 2021 bersama Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang ditandatangani selepas memenangi Piala Malaysia musim lalu.

Melihat kepada situasi semasa, Mehmet mungkin dikekalkan bagi menguruskan pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan. Namun, kebanyakan peminat setia pasukan Perak mahu beliau digantikan.

Peminat mahu Mehmet digantikan kerana berpendapat pengendali itu selalu menggunakan barisan kesebelasan yang sama sehingga mudah dibaca oleh pihak lawan.

Shahrel Fikri
Shahrel Fikri. Sumber Gambar: Perak TBG

Selain itu, prestasi yang tidak konsisten dalam saingan Liga Super dan konflik bersama beberapa pemain muda pasukan turut menjadi faktor utama mengapa peminat mahu Mehmet digantikan.

Musim hadapan, pasukan Perak berkemungkinan besar bakal beraksi tanpa pemain import dan juga pemain bintang pasukan seperti Brendan Gan, Shahrul Saad dan Shahrel Fikri Fauzi.

Baca artikel lain mengenai pasukan Perak di sini:

Pemain Bintang Perak Bakal Tinggalkan Pasukan Musim Hadapan?

Shahrel Fikri Tawar Hati Dengan Perak?