Andre Villas-Boas telah digantung sementara daripada tugasannya dan dipecat oleh pengurusan Marseille selepas pengurus itu meletak jawatan secara terbuka. Ianya agak pelik bukan?

Namun sebenarnya, Marseille tidak menerima perletakan jawatan itu dan menganggap Villas Boas telah mencemarkan reputasi kelab daripada kenyataan media beliau sebelum ini.

Pada hari Selasa, mantan bos Chelsea dan Tottenham itu mendakwa dia telah menawarkan diri untuk mengundurkan diri kerana kecewa dengan operasi kelab itu.

Villas Boas kecewa kerana tiba tiba kelab membeli Olivier Ntcham, pemain yang dia tidak minta untuk dibawa masuk. Seterusnya pengurusan tertinggi juga dilaporkan kerap campur tangan dalam menjual pemain.

“Saya mengemukakan peletakan jawatan saya dengan mengatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan dasar sukan kelab ini.”

“Saya tidak mahu apa-apa dari OM. Saya tidak mahu wang,” katanya pada sidang akhbar.

“Saya sedang menunggu jawapan, mungkin tidak [diterima] dan kemudian kami akan teruskan. Saya tidak mahu wang, saya hanya mahu pergi.”

Villas-Boas mengatakan bahawa beliau hanya mengetahui mengenai perjanjian untuk menandatangani pemain tengah Ntcham dari Celtic “pagi ini dari berita”, sambil menambah: “Dia adalah pemain yang saya tak mahukan dalam pasukan. Dia tidak ada dalam senarai kami.”

Komen itu yang nampaknya membuat pengurusan tertinggi Marseille marah, dan kemudian mengambil tindakan disiplin. Villas Boas diumumkan digantung daripada tugasannya, dan tidak lama kemudian dipecat.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Liverpool Kalah Lagi Di Anfield

EPL: Beraksi 9 Pemain, Arsenal Ditumpaskan Wolves

RASMI: Liverpool Tandatangani Ben Davies Dan Ozan Kabak