Dalam forum bersama penyokong semalam salah satu soalan yang ditanya oleh seorang penyokong yang hadir adalah mengenai ‘marquee player’ dalam liga Malaysia, TMJ telah berkongsi pengalaman apa yang telah dilalui oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama penyokong yang hadir.

Secara peribadi TMJ yang juga pemilik JDT secara jujur memberitahu bahawa JDT pun tudak mampu untuk membayar harga untuk memiliki seorang pemain yang berstatus ‘marquee player’.

“Berkenaan dengan marquee player, saya cakap terus-terang JDT pun tidak mampu untuk memiliki pemain berstatus seperti ini.

“Kenapa? Kalau saya (sebagai pemilik kelab) perlu membelanjakan 2 juta untuk seorang pemain berstatus ‘marquee player’, dengan harga tersebut saya boleh dapat 2 hingga 3 orang pemain import lain. Jadi saya tidak mahu beli marquee player.

marquee player malaysia

“Marquee player ini sebenarnya mempunyai macam-macam masalah. Kami (JDT) mempunyai pengalaman dengan Dani Guiza sebagai contoh pertama. Kedua, kami pernah ada Pablo Aimar.

“Apabila mempunyai marquee player dalam pasukan, awak perlu juga melihat apa keinganan mereka. Kita perlu lebih realistik.

“Marquee player ini juga sebenarnya tidak melihat kewangan sebagai faktor utama untuk mereka datang, pemain ini juga memikirkan apa kehidupan mereka diluar padang juga.

Do you really think Ronaldinho boleh hidup di Ipoh?

“Sedangkan Pablo Aimar yang datang ke Johor yang sedang membangun ini pun boleh request untuk tinggal di Singapura.

“Jadi kita perlu melihat perkara ini dengan lebih luas bukan sahaja jika mempunyai padang latihan top-class serta stadium dengan fasiliti hebat akan menarik mereka? Tidak.

“Satu hari nanti jika semua pasukan sudah mempunyai kestabilan kewangan dalam pasukan, kenapa tidak untuk kita mengambil pemain marquee ini dalam pasukan.

“Jika perkara itu mampu untuk menaikkan lagi nilai komersil liga kita, kenapa tidak? Tetapi untuk masa sekarang adakah kita mampu untuk membayar gaji pemain secara konsisten setiap tahun?

“Perkara itu (bayar gaji tanpa gagal) adalah lebih penting dari memikirkan perkara seperti mendapatkan khidmat pemain marquee dalam pasukan.