Bekas pemain Manchester United, Marouane Fellaini menjaringkan hatrik dalam tempoh masa 7 minit sekaligus membantu Shandong Luneng meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan saingan Chinese Super League (CSL) musim ini.

Setelah tertangguh selama lebih enam bulan ekoran pandemik COVID-19, CSL musim 2020 membuka tirai dan Shandong berjaya membuka kempen dengan langkah kanan.

Fellaini, yang biasanya diturunkan sebagai pemain tengah, beraksi sebagai penyerang dalam perlawanan menentang skuad kendalian Rafael Benitez iaitu Dalian Professional.

Dalian membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi percubaan daripada seorang lagi pemain yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Solomon Rondon pada separuh masa pertama.

Fellaini yang baru sahaja pulih daripada jangkitan COVID-19 itu mula memberikan impak positif sebagai penyerang pada minit-minit terakhir perlawanan menjaringkan gol pada minit ke-79, 86 dan 89 sekaligus memberikan kemenangan bagi Shandong.

Sejak menyertai Shandong dari Manchester United, Marouane Fellaini sentiasa menjadi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau tidak pernah gagal untuk menampilkan persembahan terbaik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Beckham Dan Figo Antara Nama Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Indonesia B-19

Kuwait Uji Kekuatan Harimau Malaya Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Bulan November

Program ‘Local Giant’ Oleh Selangor FA Berjaya Tarik 45 Penaja SME Bernilai RM700,000 Bagi Musim 2020