Saingan Liga Malaysia masih belum melabuhkan tirainya namun khabar angin mengenai perpindahan pemain sudahpun beredar di laman media sosial. Terbaru, bekas penyerang Melaka United, Marko Simic dikaitkan dengan perpindahan dengan menyertai juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beberapa media di Indonesia menyebut Simic menjadi sasaran utama JDT bagi memperkuatkan jentera serangan untuk menghadapi saingan musim 2020. Nama Simic sendiri tidak asing dalam saingan Liga Malaysia dimana beliau pernah beraksi bersama Negeri Sembilan dan Melaka United.

Marko Simic
Sumber Gambar: Akurat.co

Kali pertama Simic beraksi di Liga Malaysia ialah pada 2017 dimana beliau menyertai Negeri Sembilan. Enam bulan kemudian, Simic digugurkan dan serta-merta menyertai seteru utama Negeri iaitu Melaka United. Pemain kelahiran Croatia ini beraksi dengan cemerlang dimana beliau membantu Melaka kekal dalam saingan Liga Super musim itu.

Bagi musim 2018, setelah gagal menandatangani kontrak bersama Kelantan, Simic berkelana ke Indonesia dimana beliau menyertai Persija Jakarta. Simic berjaya membantu Persija memenangi Piala Presiden dan gelaran Liga 1 dimana pemain berusia 31 tahun ini menjaringkan 11 gol sepanjang saingan Piala Presiden dan 18 gol sepanjang saingan Liga 1.

Marko Simic
Sumber Gambar: JST

Melihat kepada situasi semasa, Johor Darul Ta’zim ketika ini mempunyai penyerang berkaliber iaitu Diogo Luis Santo dimana bekas pemain Buriram United ini berjaya menjaringkan 12 gol dalam saingan Liga Super dan 6 gol setakat ini dalam saingan Piala Malaysia 2019.

Jika benar Marko Simic menyertai skuad Harimau Selatan itu pada musim hadapan, besar kemungkinan beliau akan diletakkan dalam feeder club pasukan itu iaitu Johor Darul Ta’zim II dan beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Jendela perpindahan Liga Malaysia bagi musim 2020 akan dibuka pada 29 November ini.

Baca artikel lain mengenai Johor Darul Ta’zim di sini:

Delegasi Double Pass Akan Pastikan JDT Setaraf Dengan Kelab Elit Dunia

Pemain JDT Terima Rawatan Daripada Pakar Bedah Berkelas Dunia

Delegasi JDT Ke Itali Belajar Cara Pengurusan Bola Sepak Juventus