Impian penyerang skuad kebangsaan Austria, Marko Arnautovic untuk beraksi dalam saingan Chinese Super League semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila West Ham United dikhabarkan bersetuju untuk menjual pemain itu kepada juara bertahan CSL, Shanghai SIPG.

Spekulasi mengenai hasrat Arnautovic yang mahu beraksi di China bukan perkara baru apabila pemain berusia 30 tahun ini pernah menghantar permohonan untuk berpindah kepada West Ham pada Januari lalu. Namun, West Ham menolak permintaan beliau dan Arnautovic kemudiannya menandatangani kontrak baru selama lima musim.

Namun, Arnautovic dikatakan terus mendesak West Ham untuk melepaskan beliau dan kelab yang berpangkalan di kota London itu sudah hilang sabar dengan sikap Marko dan memutuskan untuk menjual bekas pemain Inter Milan itu kepada Shanghai SIPG. Barisan kejurulatihan serta rakan sepasukan juga mahukan Marko segera dijual kerana tidak senang dengan sikapnya.

Shanghai SPIG akan membayar sebanyak £22.4 Juta bagi mendapatkan khidmat Marko Arnautovic dan pemain itu difahamkan telah menjalani ujian perubatan pada Jumaat lalu dan lulus tanpa sebarang isu. Arnautovic menyertai West Ham United pada 2017 daripada Stike City dengan rekod pembelian kelab sebesar £20 Juta.

Marko Anautovic
Sumber Gambar: Getty Images

Pemain yang pernah beraksi dalam saingan Bundesliga bersama Werder Bremen ini menjadi kesayangan peminat The Hammers apabila menjaringkan 22 gol dalam 65 penampilan sepanjang dua musim.

Ketika ini, beberapa pemain bintang seperti pemain skuad kebangsaan Itali, Stephan EL Shaarawy, bekas pemain skuad kebangsaan Brazil, Hulk, Paulinho dan Oscar serta bekas pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini mewarnai saingan Chinese Super League 2019.