Bekas pemain West Ham United, Marko Arnautović mengakui beliau memandang rendah saingan Chinese Super League (CSL) setelah beraksi bersama Shanghai SIPG sejak pertengahan musim 2019.

Penyerang skuad kebangsaan Austria itu menyertai Shanghai dengan yuran perpindahan sebesar £23 Juta atau RM 127.7 Juta namun pemain berusia 31 tahun ini menampilkan prestasi kurang memberangsankan.

“Saya memandang rendah cabaran di sini (CSL). Saya tidak berlatih dengan baik, tidak menjaga fizikal saya, saya makan dan minum minuman berkarbonat seperti Sprite, Coca-Cola dan Fanta. Semua minuman ini adalah tidak baik untuk badan saya.

“Saya makan dengan tidak teratur, jarang tidur kerana saya berada di China dan mengambil masa tiga minggu untuk saya beradaptasi dengan masa di sini. Saya tidur pada pukul 6 pagi dan bangun pada pukul 4 petang untuk berlatih. Saya berjaga sepanjang malam,” katanya.

Marko Arnautović telah menjaringkan lima gol sejak saingan CSL disambung semula pada Julai lalu setelah dihentikan ekoran pandemik CPVID-19. Setelah belajar dari kesilapan lampau, kini Marko berazam untuk membantu Shanghai memenangi kejuaraan.

“Kini saya mahu meletakkan diri saya sesuai dengan kemahuan kelab, iaitu beraksi dengan baik dan memenangi kejuaraan. Saya kini sudah berubah kerana saya perlu meningkatkan permainan saya. Jika tidak, anda tidak boleh beraksi di sini.

“Apabila anda tidak berada di prestasi yang bagus, tidak cergas, anda tidak boleh beraksi di China. Anda tidak boleh berlari, tidak boleh bertarung dan tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya anda tidak cergas,” tambahnya.

Marko akan segera bergandingan dengan seorang lagi bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Aaron Mooy yang meninggalkan Brighton & Hove Albion minggu lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan liga di sekitar rantau Asia di sini:

Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?

Pemilik Kelab Bola Sepak Australia Berminat Beli Skuad Helang Merah?

KAFA Adakan Mesyuarat Tergempar, ZamSaham Terbang Ke Kota Bharu Pagi Ini Muktamadkan ‘Deal’?