Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Petaling Jaya City FC (PJ City) semalam telah mengadakan Majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi pasukan di Petaling Jaya. Dalam majlis tersebut, mereka telah memperkenalkan 3 pemain import baharu.

Salah satu pemain tersebut ialah Mark Hartmann dari Filipina yang cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Beliau akan mengisi kuota pemain import Asia Tenggara skuad PJ City.

Hartmann sebelum ini beraksi dengan pasukan Sarawak pada musim 2017 dan kemudian menyertai Pulau Pinang dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2018, beliau berhijrah ke Liga Thailand menyertai beberapa kelab seperti Ubon UMT, Ratchaburi, Suphanburi, dan musim lepas bersama Nakhon Ratchasima.

Webp.net-resizeimage-14

Aksi Mark Hartmann ketika bersama Sarawak. FOTO: SB

Pengalaman luas yang dimiliki oleh Hartmann yang memiliki 26 kaps bersama skuad kebangsaan Filipina menjadi senjata terbaharu PJ City untuk memperkuatkan jentera serangan musim ini.

Selain Hartmann, PJ City turut menandatangani penyerang skuad kebangsaan Guinea yang berusia 26 tahun iaitu Demba Camara dan bekas pemain pertahanan kelab Kitchee FC, Kim Bong Jin bagi mengisi kuota Asia.

“Kami mempunyai dua pemain yang bagus di setiap posisi dan ia akan menjadi satu kelebihan kepada kami pada tahun ini.

“Musim ini, kami mempunyai 75 peratus pemain baharu tetapi kami dapatkan pemain ini berdasarkan posisi dan setiap posisi ada dua pemain berkualiti. Ini untuk memastikan skuad lebih seimbang,” kata pengendali PJ City, K. Devan dalam News Strait Times

87039746_879602285806416_967136157278142464_o

FOTO: PJ City FC

Devan juga tidak mahu pasukannya dilabelkan sebagai “silent killer” atau pengacau kerana mereka tekad menjadi antara pencabar terkuat Liga Super dan sedia mengejutkan pasukan pilihan seperti JDT, Kedah, Selangor dan Pahang.

“Kita tak nak jadi pengacau kerana dalam bola sepak ini kita perlu menunjukkan prestasi baik dan konsisten setiap perlawanan.

“Kita bukan sahaja nak menang dengan pasukan besar, tetapi selepas itu tewas dengan pasukan bawah daripada kita. Saya tak nak macam tu. Kalau boleh biar kita konsisten,” katanya.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan skuad PJ City melalui pautan dibawah.

Liga Malaysia 2020: Bekas Pemain Kitchee FC Dan Penyerang Skuad Kebangsaan Guinea Perkuatkan PJ City

PJ City Sasar Kelompok Lima Teratas Liga Super 2020

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group