Penyerang prolifik Croatia, Mario Mandzukic baru-baru ini mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila membuat keputusan untuk meninggalkan kelab gergasi Itali, Juventus dan berhijrah ke Asia menyertai kelab dari Qatar, Al Duhail SC.

Al Duhail merupakan pendahulu Liga Qatar musim ini dengan 29 mata selepas mengharungi 11 perlawanan. Mereka juga masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Kemasukan pemain berkelas dunia yang berusia 33 tahun itu disambut baik oleh para penyokong Al Duhail dan diharapkan dapat membantu pasukan itu menghadapi musim yang lebih mencabar terutamanya saingan AFC Champions League 2020.

Malah, beliau turut menerima cenderahati khas yang berupa sebuah pedang panjang daripada peminat setia, Fahd Al Marri sebagai tanda menerima kehadirannya dalam keluarga Al Duhail.

“Saya peminat Mandzukic sejak dia bermain dengan Bayern Munich lagi dan saya percaya beliau adalah antara penyerang terbaik dalam dunia bola sepak,” kata Al Marri.

News5_Large

FOTO: AL Duhail SC

Sementara itu, Mandzukic mengakui teruja dan tidak sabar memulakan musim baharu bersama kelab pertamanya di Asia.

“Saya sedang membuat persiapan untuk melalui penjalanan baharu dalam dunia bola sepak bersama kelab yang terbaik di Asia. Saya akan berusaha keras bersama rakan sepasukan untuk mencapai semua sasaran yang ditetapkan oleh kelab,” kata Mandzukic yang telah menjaringkan 33 gol bersama skuad kebangsaan Croatia.

Mandzukic yang pernah beraksi dengan kelab Bayern Munich jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Juventus musim ini apabila berdepan persaingan yang hebat di posisi serangan dengan deretan nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Federico Bernardeschi, Paulo Dybala, dan Gonzalo Higuain.

ENVLtbqU8AAQ-qy

FOTO: AFC

Beraksi di Asia merupakan peluangnya untuk kembali mempamerkan prestasi terbaiknya sambil mendekati peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Sasaran Mandzukic pada musim 2020 ialah membantu Al Duhail menjuarai saingan Liga Domestik dan seterusnya merangkul gelaran juara AFC Champions League.

“Semua orang mahu gelaran ACL (AFC Champions League), yang mana ia merupakan sesuatu yang penting bagi kelab ini. Saya tahu ia kejohanan yang sukar dan kami akan melalui dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Dengan kerja keras dan semangat berjuang, kita akan melihat tahap keupayaan kita untuk mencapai hasil yang diinginkan,” tambahnya.

ENVLtboUwAASY16

FOTO: AFC

Sepanjang bersama skuad Old Lady, Mandzukic sering diletakkan sebagai ‘target man’. Beliau juga pernah dijadikan sebagai penyerang kedua dan juga kadangkala sebagai penyerang utama dalam sistem 3-4-3.

Seorang penyerang kedua selalunya perlu lincah dan laju. Semua kemampuan itu tidak ada pada Mandzukic. Namun Mandzukic tetap berjaya memainkan peranan itu dengan baik dengan cara beliau tersendiri sehingga mula dipuja oleh penyokong setia Juventus.

“Di mana-mana kelab yang saya wakili, saya akan cuba buat para penyokong gembira dan menghadiahkan pelbagai kejayaan kepada mereka. Sekarang, saya berada dalam kelab yang telah memenangi pelbagai kejuaraan dan prinsip itu tidak akan berubah.” ujarnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Lukas Podolski Mungkin Tidak Sempat Bertemu JDT Di AFC Champions League 2020

Shoja’ Khalilzadeh Tewaskan Safawi Rasid Dalam Pencalonan Gol Terbaik AFC Champions League 2019

Yokohama F Marios Berminat Tandatangani Theerathon Bunmathan Secara Tetap

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group