Bekas bintang Juventus, Mario Mandzukic telah membuat pengumuman mengejut di laman twitter apabila memutuskan untuk meninggalkan kelab Qatar, Al Duhail selepas mencapai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab-sebab penamatan kontrak itu dan sempat menimba pengalaman bersama kelab tersebut selama 6 bulan.

“Saya telah mencapai persetujuan dengan pengurusan Al Duhail untuk menamatkan kontrak saya. Saya menghargai kepercayaan dan layanan baik yang diterima sepanjang di Qatar dan saya berharap yang terbaik untuk kelab dan pasukan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang bersama Al Duhail, Mandzukic sempat melakukan penampilan sulung dalam AFC Champions League 2020 dan menjaringkan gol pertama ketika menentang kelab Iran, Persepolis pada bulan Februari lepas.

Al Duhail kini merupakan pendahulu Liga Qatar musim ini dengan 42 mata selepas mengharungi 17 perlawanan. Mereka bakal beraksi dalam kejohanan Piala Dunia kelab pada hujung tahun ini.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Penjaga Gol Kacukan Jepun-Perancis Ini Percaya The Samurai Blue Mampu Juarai Piala Dunia 2022

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam J.League Team Of The Week, Kukuhkan Reputasi ASEAN Di Jepun

Ini 2 Sebab Mengapa Malaysia Adalah Lawan Yang Paling ‘Sakit Kepala’ Untuk Park Hang-seo