Bekas ketua jurulatih JDT, Mario Gomez dikatakan sedang berkira-kira untuk kembali mengendalikan pasukan dalam saingan Liga Malaysia selepas 4 musim melatih pasukan dalam Liga Indonesia.

VOCKETFC yang berjaya mendapatkan maklumat dari Mario Gomez sendiri menyatakan beliau sangat berbesar hati dan rindu untuk kembali dalam kancah Liga Malaysia kerana ini adalah tempat dimana beliau menikmati saat-saat indah dalam karier kejurulatihannya.

Berita mengenai Selangor yang kini mencari ketua jurulatih yang baru telah mendapat perhatian Mario Gomez yang kini bersama kelab Pusamania Borneo. Sekiranya beliau ditawarkan kontrak untuk membimbing pasukan Selangor, boleh dikatakan tanpa banyak soal ‘Atok’ akan terus menerima lamaran jika ada.

Mario_Gomez_Borneo

Namun sehingga kini, masih belum ada sebarang ‘pergerakan’ untuk mendapatkan Mario Gomez, tetapi lebih kepada minat dan kesungguhan jurulatih itu untuk kembali menyajikan ‘magik’ dalam saingan bola sepak tempatan Malaysia.

Selepas Mario Gomez membimbing JDT selama 3 musim dan mencapai kejayaan besar terutamanya juara AFC Cup 2015, beliau berkelana ke Indonesia untuk mengemudi Persib Bandung, Arema FC dan Pusamania Borneo.

Jika menjadi kenyataan, adakah kehadiran Mario Gomez ke Selangor bakal menjadikan skuad Gergasi Merah Kuning itu lebih berpotensi untuk mencabar kejuaraan Liga Malaysia seperti yang dirindui oleh peminat mereka seterusnya menjayakan misi ke Asia?

Mario Gomez juga bersikap terbuka untuk membimbing pasukan lain dalam Liga Malaysia kerana dikatakan sudah ada ‘risikan’ dari pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim hadapan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Safawi Rasid Dan Jafar Salmani Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang, Perlu Masa Untuk Adaptasi ‘Dunia Baru’

BG Pathum United Mahu ‘Bawa Pulang’ Teerasil Dangda, Perebutan Posisi Penyerang Makin Sengit

FIFA Arahkan Anderlecht Bayar RM2.56 Juta Kepada Buriram United, Komisen Penjualan Frank Acheampong Masih Tertunggak