Ketua jurulatih dari Argentina, Mario Gomez memutuskan untuk meletak jawatan sebagai pengendali Borneo FC setelah saingan Liga 1 Indonesia musim 2019 melabuhkan tirainya.

Perkara ini disahkan oleh Presiden kelab, Nabil Husein di mana beliau menegaskan pihak kelab gagal untuk meyakinkan Mario bagi kekal bersama pasukan itu.

Mario Gomez
Sumber Gambar: mStar

“Kami di pihak pengurusan telah menjalankan perbincangan bersama Mario Gomez. Ada beberapa faktor yang saya tidak boleh dedahkan mengenai keengganan Mario untuk terus melatih kelab ini.

” Mario meminta izin kepada kami sebelum beliau meletak jawatan. Beliau pergi bukan kerana wang dan kami menghormati segala usaha yang beliau lakukan sepanjang bersama kelab ini,” kata Nabil.

Tambah Nabil, beliau masih belum mengetahui siapa pengganti Mario dan hanya akan mencari ketua jurulatih baharu pada Januari tahun negara hadapan.

Mario Gomez
Sumber Gambar: sportku.com

Nabil perlu menunggu sehingga kontrak pemain tamat terlebih dahulu dan selepas itu beliau dan juga pegawai kelab akan memulakan usaha bagi mencari pengganti.

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim itu membimbing Borneo FC menamatkan saingan Liga 1 Indonesia musim 2019 di tangga ketujuh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Indonesia di sini:

Daftar Klub ASEAN Yang Memiliki Lisensi AFC: Indonesia 8 Tim, Myanmar Terbanyak

Anggota Exco PSSI Kaget Ada Rumor Seto Nurdiyantoro Jadi Asisten Shin Tae-yong

Besok, PSSI Resmi Perkenalkan Shin Tae-yong