Pemain pertahanan Watford iaitu Adrian Mariappa mengakui beliau terkejut kerana disahkan positif COVID-19. Sedangkan beliau sudah menjaga dirinya dengan duduk di rumah sepanjang masa.

Beliau menyatakan dirinya menjadi sangat takut dan resah selepas mengetahui perkara itu.

Mariappa tidak pasti bagaimana virus itu boleh ada pada dirinya.

Premier League sudah mula menjalankan saringan dan ujian COVID-19 pada minggu ini. Dan sudah 748 pemain dan staff daripada 19 pasukan utama telah disaring dan diuji.

Burnley sudah mengesahkan bahawa pembantu jurulatih, Ian Woan sebagai positif koronavirus.

Sementara Marriapa membuat kenyataan pengakuan beliau positif COVID-19 pada Rabu.

Mariappa berkata kepada Telegraph Sport: “Ianya sangat menakutkan saya sekarang ini. Macamana kamu boleh rasa ok kalau kamu tidak keluar rumah langsung tetapi masih positif virus ini.”

“Saya duduk di rumah bersama 3 anak saya yang berusia lima, sembilan dan 11 tahun serta pasangan saya. Dan kini saya agak risau tentang mereka.”

“Namun mereka semua baik baik sahaja dan tak menunjukkan sebarang simptom.”

“Cuma kamu masih buntu memikirkan, apabila kamu disahkan positif sedangkan kamu sudah menjaga jarak kamu dengan orang lain.”

Kesemua pemain dan staf yang positif akan diisolasi selama 7 hari.

Liga Perdana Inggeris kini sedang berkira kira untuk kembali semula menyambung aksi. Segala prosedur keselamatan dan pemeriksaan berkala telah pun dibuat.

Minggu lalu, Bundesliga sudah sah kembali menyambung aksi mereka dengan berdasarkan beberapa garis panduan yang ketat dikenakan oleh pemerintah.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Juventus Sekali Lagi Cuba Gagalkan Usaha United Dengan Pendekatan Sama

Arsenal Kena Jual Aubameyang Daripada Pergi Percuma

Xavi Suruh Barca Jauhi Mane & Aubameyang Yang Tak Sesuai Dengan Mereka