Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Real Madrid dan Chelsea hanya mencatatkan seri dalam aksi pertama separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Namun kelebihan buat Chelsea dengan membawa pulang 1 jaringan dari tempat  lawan.

Kapten Real Madrid dalam aksi tersebut, Marcelo menyatakan bahawa pasukannya akan menunjukkan aksi sebenar mereka pada perlawanan kedua di Stamford Bridge. Pemain Brazil itu menegaskan bahawa mereka bakal tampil dengan permainan berbeza nanti.

Walaupun bermain di halaman mereka sendiri, Estadio Alfredo Di Stefano, kelab yang dibimbing oleh Zinedine Zidane hanya mampu seri 1-1. Gol yang dijaringkan oleh Karim Benzema setelah Chelsea mendahului menerusi gol Christian Pulisic.

Jelas sekali Madrid kesukaran dalam perlawanan ini, apabila hanya mencetak 1 percubaan tepat daripada hanya 9 percubaan.

Ini bermakna tugasan berat menanti mereka di Stamford Bridge, Marcelo mengakui bahawa dia dan rakan rakannya sedar akan perkara itu.

“Kami tahu bahawa perlawanan ini akan berjalan seperti ini. Tetapi masih ada satu lagi perlawanan lagi akan datang. Kami baik-baik saja dan tahu apa yang kami harus dilakukan. Perlawanan kedua akan berbeza.”

“Kami tidak dapat menentukan rentak permainan. Kami harus menyesuaikan diri dengan apa yang sudah ada. Kami baik-baik saja dan tenang. Kami akan berehat sedikit, dan pasti keadaan akan berubah pada perlawanan kedua,” tambah Marcelo lagi.

Marcelo menghargai sumbangan Benzema di hadapan gol, namun tidak setuju dengan wartawan yang tidak menganggap sumbangan pemain lain dalam padang.

“Pasukan ini dianggotai oleh lebih dari 25 orang. Kami bekerja keras setiap hari. Saya gembira Karim berjaya menjaringkan gol, tetapi di atas semua itu kami menamatkan aksi ini dengan bangga.”

“Real Madrid akan berjuang sehingga ke wisel terakhir.”

Baca juga atikel:

Leipzig Mahu Bayern Bayar €25 Juta Untuk Beli Nagelsmann

TERKINI: 3 Legenda Invincibles Sertai Daniel Eks Untuk Beli Arsenal Dan Singkir Kroenke

Moyes Anggap VAR Sampah Dan Pengadil Tak Pernah Main Bola Sepak

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group