Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan Brazil, Marcelo Guedes terpaksa membuka semula akaun twitternya untuk menafikan laporan media dari Perancis yang mendakwa beliau ditamatkan kontrak oleh Lyon kerana kelakuan tak senonoh bergurau dengan melepaskan kentut di bilik persalinan.

Laporan daripada L’Equipe menyatakan Marcelo telah dilepaskan oleh Lyon secara percuma selepas kekalahan 3-0 mereka di tangan Angers pada Ogos 2021 yang lalu.

Namun, sumber media itu mendedahkan antara sebab beliau ditamatkan kontrak ialah kerana kelakuan kurang sopan melepaskan kentut di hadapan pemain termasuk Juninho yang merupakan Pengarah Sukan Lyon.

Juninho dikatakan tidak gembira dengan kelakuan pemain tersebut yang dianggapnya biadap. Ada banyak cara lain untuk bergurau namun bukannya dengan melepaskan kentut sesuka hati.

Bagaimanapun, Marcelo menafikan laporan media tersebut dan menyifatkan wartawan di eropah suka menyebarkan cerita yang tidak benar.

“Terima kasih kepada Lequipe. Selepas sekian lama, saya terpaksa kembali ke twitter untuk menafikan semua laporan tersebut. Wartawan zaman sekarang memang melucukan,” tulisnya di laman twitter rasmi.

Ciapan Marcelo itu turut menarik perhatian Juninho yang sempat membalas dengan komen yang bernada sinis dan sarkastik seolah-olah perli laporan berita tidak benar oleh media Perancis.

“Nampak, saya sudah beritahu anda, pemain pertahanan perlu kentut dengan lebih kuat, panjang dan lebih busuk. Tetapi kentut anda hanya kuat bunyinya kemudian lemah,” tulis Juninho bahasa Portugal.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.

EPL: Liverpool Bangkit Dan Atasi Aston Villa Untuk Kekal Dalam Persaingan Kejuaraan

RASMI: Haaland Sertai Man City Dengan Nilai £55.Juta, Guardiola Akui Teruja

David Beckham Mahu Cristiano Ronaldo Terus Kekal Bersama Man Utd

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group