Calon pemain naturalisasi negara, Marcel Kalonda telah menyerahkan dokumen rasmi mengenai latar belakang beliau kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Akan tetapi, seorang lagi pemain, Harry Edge yang beraksi di saingan Liga Sweden memilih untuk meneruskan karier di Eropah.

Marcel Kalonda
Harry Edge. Sumber Gambar: Auckland City FC

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata Kalonda sudah mengemukakan dokumen yang diperlukan bagi membuktikan dirinya mempunyai hubungan dengan Malaysia.

“Daripada dua pemain, hanya seorang iaitu Kalonda saja yang menghantar dokumen kepada kita, manakala Edge meminta untuk terus beraksi di Eropah.

“Tetapi Edge tak kata dia menolak terus, cuma dia nak fokus dahulu dengan kelabnya di Sweden dan akan kembali di masa depan. Kita menyambut baik respon daripada kedua-dua pemain berkenaan yang memberi kerjasama,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kalonda
Marcel Kalonda

Namun, ada beberapa dokumen yang dihantar oleh Kalonda masih tidak lengkap dan pemain itu diberikan tempoh lanjutan selama dua minggu lagi bagi melengkapkannya.

“Tapi dia memang bersemangat nak mewakili negara dan walaupun tak lengkapkan kita akan bagi masa buatnya. Kalau langsung dia tak bagi itu lain cerita, mungkin kita dah tutup peluang,” tambah Datuk Yusoff.

Baca artikel lain mengenai pemain naturalisasi negara di sini:

FAM Tunggu Dokumen Pengesahan Daripada Marcel Kalonda Dan Harry Edge

Marcel Kalonda Nafi Lahir Di Malaysia, Akui Datuk Berasal Dari Sabah

Harry Edge Sedia Untuk Beraksi Bersama Skuad Harimau Malaya