Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendedahkan pihaknya kini dalam proses untuk menghantar dokumen rasmi pemain warisan kelahiran Republik Congo, Marcel Kalonda kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen.

Katanya dalam Arena Metro, semua dokumen yang menunjukkan bukti pemain  itu mempunyai darah keturunan Malaysia sedang diteliti sebelum dihantar kepada KDN untuk tindakan lanjut.

“Bahagian undang-undang FAM ketika ini meneliti semua dokumen yang sudah diserahkan Kalonda kepada FAM. Semua dokumen berkaitan sejarah latar belakangnya dan hubungan dengan Malaysia kita dah terima. Selesai proses penelitian baru kita akan hantar kepada KDN dan Imigresen.

“Memang kita harap kalau boleh proses kelulusan daripada pihak kerajaan itu dapat dipercepatkan bagi membolehkan kita menyenaraikan namanya secepat mungkin.

“Tapi dia tetap kena melalui ujian pemilihan dan kalau jurulatih setuju, mungkin dia boleh bermain sebelum hujung tahun ini. Kalau lagi awal, lagi baik,” katanya.

Jika Kalonda mendapat lampu hijau daripada kerajaan dan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), beliau berpeluang beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala AFF pada tahun ini.

Malaysia dijadualkan menentang UAE pada 8 Oktober 2020 sebelum pulang ke tanah air berentap dengan Vietnam pada 13 Oktober 2020. Pada 17 November 2020, Harimau Malaya akan menentang Thailand di Bangkok.

FAM
Marcel Kalonda

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebelum ini mengakui terpikat dengan aksi Kalonda ketika menonton di laman YouTube.

Kalonda yang bermain untuk ZESCO United dalam saingan Liga Juara-Juara Afrika, memiliki ketinggian 1.88 cm mempunyai keupayaan untuk mengukuhkan benteng pertahanan berdepan lawan yang lebih kuat.

“Saya ada tengok waktu dia main perlawanan Liga Juara-Juara Afrika di mana dari sudut ketinggian dan fizikal memang nampak dia ada potensi besar.

“Lagipun, dia juga adalah satu opsyen buat pasukan kerana kita tahu kita pun kekurangan pertahanan yang berkaliber dan potensi. Malah, dengan umurnya baru 22, saya lihat ia juga baik untuk masa depan dan pembangunan pasukan kita,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain kacukan dan naturalisasi melalui pautan dibawah.

Isaac Angking Belum Bersedia Pulang Bermain Dalam Liga Malaysia

Samuel Bone Berminat Sarung Jersi Harimau Malaya?

Faktor Fizikal Punca Pemain Naturalisasi Dan Kacukan Jadi Pilihan Perkuatkan Skuad Kebangsaan