Diego Maradona memberitahu peguamnya, bahawa beliau kecewa dengan keputusan Gimasia tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Ini agak mengejutkan kerana sebelum ini Presiden Gimnasia La Plata, Gabriel Pellegrino, menyatakan mereka menawarkan kontrak baharu sehingga Disember 2021 kepada bekas kapten kebangsaan Argentina itu.

Namun Pellegrino menyatakan tawaran itu ditolak.

Morla kemudian tampil dengan pendedahan mengejut di mana Gimnasia tidak mahu melanjutkan kontrak Diego.

Sedangkan beliau hadir kesemua perlawanan Gimnasia, meskipun terpaksa melawan nasihat pakar perubatan – ketika kondisi kesihatan beliau tak mengizinkan.

Peguam Maradona, Matias Morla berkata: “Maradona tak tinggal langsung sebarang perlawanan.”

“Malah dia sanggup ingkar arahan doktor demi hadir ke setiap perlawanan.”

“Namun pada hari ini, mereka tidak mahu menyambung kontrak beliau. Maradona sangat ingin terus kekal bersama Gimnasia.”

Morla mendedahkan, salah satu sebab Gimnasia terpaksa tidak menawarkan Maradona kontrak baharu adalah tekanan daripada penyokong.

d877864d-8e1f-4b82-a9b2-0e4ddf6d5e0c_169

Morla menuduh, harapan tidak realistik oleh para penyokong menjadi sebab utama. Adalah mustahil untuk Maradona menjadikan mereka juara liga dengan kekangan dana perpindahan.

Morla mendedahkan, rundingan sebelum ini menjadi sangat tegang di antara kelab dan Maradona.

Kontrak semasa Maradona akan berakhir pada Ogos ini. Sedangkan Maradona mahu meneruskan projek jangka panjang yang beliau rancang.

Seterusnya Maradona telah menerima pemotongan gaji oleh kelab ketika koronavirus. Apa lagi yang beliau mahu buktikan kepada kelab?

Salah satu sebab kenapa Maradona mahu terus kekal di Gimnasia adalah kerana beliau yakin kelab itu akan membantunya menaikkan semula kariernya sebagai jurulatih.

Maradona masih berharap akan dapat kembali menjadi pengendali pasukan kebangsaan Argentina.

Rekod Maradona bersama dengan Gimnasia agak teruk daripada yang kelab harapkan iaitu dengan hanya 6 kemenangan sahaja, 4 seri dan 8 kekalahan.

Baca juga perkembangan lain

Arsenal Tawar Kontrak Baharu, Aubameyang Masih Belum Setuju Apa Apa

5 Klausa Pelik Pada Kontrak Pemain, Mungkin Ini Sebab Chamberlain Selalu Masuk Minit Ke-71

Balotelli Buat Hal Lagi