Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona berhadapan dengan tindakan dari FIFA selepas badan induk bola sepak dunia itu memberitahu akan melihat kembali insiden yang telah berlaku ketika perlawanan diantara Argentina dan Nigeria berlangsung.

Jika Maradona didapati melanggar peraturan sebagai duta FIFA, status beliau berkemungkinan besar akan ditarik balik.

Maradona yang berusia 57 tahun, bakal kehilangan satu ‘jawatan’ yang dibayar oleh FIFA sebanyak £10,000 tidak termasuk perbelanjaan lain untuk muncul sebagai satu subjek pemasaran perlawanan.

maradona

Selain itu, Maradona juga didapati telah melanggar peraturan di Stadium kerana menghisap curut dikawasan larangan merokok. Insiden ini telah mendapat perhatian dan Maradona ‘terpaksa’ membuat satu permohonan maaf secara terbuka.

Terdapat juga satu isu yang berkaitan dengan perkauman dimana Maradona dilaporkan menarik hujung mata supaya kelihat sepet kepada penyokong Korea Selatan.

Diego Maradona seperti yang diketahui mempunyai rekod penyalahgunaan kokain dan pernah digantung dari bermain bola sepak sebanyak 2 kali kerana gagal dalam ujian doping termasuk ketika kejohanan Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

Tawar £8340 Untuk Cari Siapa Membuat Cerita Kematiannya

Peguam Maradona, Matias Morla memberitahu portal Clarin, bahawa mereka membuat tawaran kepada orang awam yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pemilik mesej suara yang memberitahu bahawa Maradona telah mati.

Beliau juga menolak kenyataan bahawa dia telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut tetapi mengakui telah mengambil ‘white wine‘ secara berlebihan dan tidak mendengar arahan doktor kerana mahu menyaksikan kemenangan Argentina keatas Nigeria.

https://www.instagram.com/p/Bkgtn_ahCQo/?utm_source=ig_embed

Sumber