Manuel Neuer merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dalam generasinya.

Malah ketika zaman kemuncak, Neuer menjadi penjaga gol terbaik dunia untuk tempoh yang sangat lama.

The Sweeper Keeper

Manuel Neuer merupakan penjaga gol sweeper keeper, mungkin yang terbaik sepanjang zaman yang pernah ada.

Apabila Pep Guardiola mengambil alih Bayern Munich, Manuel Neuer menajamkan lagi keupayaan ball playing beliau.

 

Sweeper keeper merujuk kepada penjaga gol yang bertindak seperti bek libeiro dan bermain peranan sebagai sweeper di belakang – biasanya 2 bek tengah. Rujuk posisi dengan label SW itu.

Football_positions

Konsep dia sama sahaja dengan sweeper yang biasa. Cuma sekarang ini, penjaga gol menjadi sweeper.

Biasanya sweeper keeper akan bermain sebagai sweeper yang sangat direct di atas padang. Di mana mereka akan mengeluarkan sahaja bola.

Tetapi di bawah Guardiola, keupayaan ball playing diberikan penekanan, untuk menjadikan Neuer seperti mana Jose Luis Chilavert mahupun Rene Higuaita.

Kelebihan seorang pemain

Apabila Manuel Neuer berupaya meningkatkan aspek ball playing, maka beliau boleh bermain seperti seorang ball playing center back.

Jadi, secara bertahan mereka ada sweeper, dan ketika membina serangan mereka ada seorang ball playing keeper.

Penjaga gol sejak dari asas pembangunan biasanya tidak ditekan dengan permainan menggunakan kaki.

Namun kini, ianya sudah menjadi salah satu elemen yang diambil kira oleh beberapa pasukan di akademi mereka.

Ada sesetengah pasukan mereka cuma ada sweeper, namun tidak ada ball playing keeper.

Itulah sebabnya kenapa Pep Guardiola mahukan Ederson. Mereka sangat tenang ketika ditekan.

Manuel Neuer menjadikan dirinya sebagai ‘outfield player’ secara aktif sama ada ketika menyerang ataupun bertahan.

Jadi mereka dengan aktif membentuk formasi 1-4-3-3 pada setiap masa secara tersiratnya.

Beliau bergerak dengan aktif di atas padang sebagai salah seorang pemain ‘luar’  / outfield player.

20191212-The18-Image-Manuel-Neuer-Sweeper-Keeper

Kawasan jelajahan beliau di atas padang bukan sahaja di belakang bek tengah sahaja sebagai sweeper klasik, tetapi beliau boleh berada seperti di bawah ini:

neuer-5-e1418030679155_1551695535

Germany-v-France-Euro-2016-semi-finals

Kecerdasan

Membentuk ball playing sweeper keeper seperti Neuer bukan mudah. Ianya memerlukan pasukan kejurulatihan yang bagus.

Selain itu, ia juga bergantung kepada game reading yang ada pada Neuer itu sendiri. Di mana beliau sentiasa berada selangkah di hadapan lawannya.

Beliau memahami pergerakan dan kecenderungan rakan rakan dia yang berada di atas padang.

Rumusan

Manuel Neuer menjadi sebahagian penting dalam sejarah bola sepak. Mendefinisikan peranan sweeper keeper dengan gaya lebih ekstrim.

Malah di Jerman ketika ini, gaya permainan beliau menjadi asas kepada pembangunan dan pemilihan penjaga gol untuk pasukan kebangsaan.

Misalnya penjaga gol kedua Jerman, Ter Stegen juga sweeper keeper yang tipikal ball playing.