Jurulatih Thailand, Alexandre Polking ataupun Mano Polking tidak dapat menahan air matanya yang mengalir pada pada sidang media selepas perlawanan antara Indonesia dan Thailand.

Final pertama Piala AFF Suzuki itu telah dimenangi dengan bergaya sekali oleh Thailand.

Namun perasaan Mano Polking bercampur baur ketika meraikan kemenangan tersebut. Kerana terselit simpati di atas kedukaan Kawin Thamsatchanan yang kehilangan ayahnya, beberapa jam sebelum sepak mula final tersebut.

Beberapa kali, jurulatih kelahiran Brazil berusia 45 tahun itu menggosok hidungnya dan mengalihkan pandangannya ke arah lain untuk menahan air mata yang terus mengalir.

Mano Polking kemudian terus membuat penafian bahawa penggantian penjaga gol pada minit ke-75 itu berbentuk menganjing atau tidak menghormati lawan mereka. Di mana Mano Polking mengejutkan ramai apabila mengeluarkan penjaga gol Siwarak Tedsungnoen untuk digantikan oleh Kawin Thamsatchanan pada minit ke-75.

Perkara pertama yang disebut Mano Polking adalah komen tentang pertukaran tersebut kerana dia tahu pasti ramai yang akan salah anggap tentang pertukaran tersebut.

Mano berkata: “Saya juga ingin membuat kenyataan terlebih dahulu. Ini bukan pertukaran yang tidak menghormati atau mengejek Indonesia. Itu bukan sebabnya,”

“Bapa dia (Kawin) baru sahaja meninggal dunia hari ini. Dan saya mahu memberikannya detik gembira pada hari dia menangis,” kata pengendali Thailand itu lagi.

Bagi Mano Polking, pertukaran itu sudah dirancang awal. Beliau sedar bahawa kemanusiaan itu sentiasa lebih penting di atas keputusan di atas padang.

Sebelum perlawanan menentang Indonesia di final, Thailand menggunakan Chatchai Budprom, yang kemudiannya mengalami kecederaan ini membuatkan jadi Siwarak menggantikan tempatnya.

Siwarak pun penjaga gol berstatus legenda di Thailand. Sama seperti Kawin Thamsatchanan.

Kawin sudah lama kehilangan tempatnya selaku penjaga gol no.1 Thailand kerana masalah kecederaan yang kerap telah mengganggu prestasinya.

Namun Mano Polking telah memutuskan untuk membawa Kawin dalam edisi kali ini kerana pemain itu dilihat boleh membantu pemain pemain muda dalam pasukannya berdasarkan pengalaman dan pengaruh pemain tersebut di dalam pasukan.

Tabik hormat buat Mano Polking kerana pengurusan kemanusiaan yang luar biasa.

Masih ada satu lagi final untuk ditempuhi oleh Thailand dan Indonesia selepas ini.