Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Thailand, Alexandre Pölking telah menetapkan sasaran iaitu membawa pulang trofi Piala AFF Suzuki ke bumi Thailand.

Pölking atau yang lebih mesra disapa Mano menjadi pilihan pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang berdasarkan pengalamannya menjadi pembantu jurulatih skuad kebangsaan Thailand pada tahun 2012 hingga 2013 selain pernah mengendalikan beberapa kelab di negara tersebut seperti Army United (2013), Suphanburi FC (2014) dan True Bangkok United (2014-2020).

Menurut laporan Siam Sport, Mano menyatakan beliau bangga dan gembira kerana dilantik menjadi ketua jurulatih dan menganggap Thailand sudah seperti rumah buatnya.

“Saya mahu melakukan yang terbaik untuk membuktikan kepercayaan yang telah anda berikan kepada saya. Saya yakin kita semua boleh memberikan dedikasi dan berjuang untuk memastikan trofi Piala AFF Suzuki kembali ke Thailand,” katanya.

Saingn Piala Suzuki AFF akan berlangsung pada 5 Disember hingga 1 Januari 2022 dan akan diadakan di Singapura setelah negara itu dipilih sebagai tuan rumah oleh Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF).

Thailand diundi dalam kumpulan A bersama Myanmar, Filipina, Singapura dan pemenang perlawanan play-off antara Brunei dan Timor Leste.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

TERKINI: Mano Polking Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Thailand

Gol Jarak Jauh Park Tae-su Dapat Perhatian FIFA, Media Antarabangsa

RASMI: Singapura Dipilih Sebagai Tuan Rumah Piala Suzuki AFF 2020