Pasukan Thailand dibawah bimbingan ketua jurulatih Alexandré ‘Mano’ Pölking berjaya menang semua 4 perlawanan peringkat kumpulan A Piala AFF 2020 serta mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Beliau ternyata gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya dan ramai penyokong Thailand merasakan seperti sudah menemui orang yang tepat untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Thailand.

“Saya hanya mampu kata sangat gembira dan bangga dengan pemain-pemain saya. Ia adalah satu kejayaan kepada pemain-pemain yang turun beraksi.”

“Ketika saya memulakan tugas ini (ketua jurulatih Thailand), saya rasa ini adalah satu tugas yang sangat menarik kerana saya tahu Thailand mempunyai banyak pemain-pemain yang bagus dimana saya pernah berdepan mereka ketika menjadi jurulatih kelab dan kini boleh mengumpulkan semuanya bersama-sama.”

“Dan hari ini, mereka menunjukkan satu persembahan yang baik seperti yang kami bincangkan walaupun melalui 20-25 minit yang agak goyah.”

“Ia adalah perlawanan pertama untuk sebahagian besar mereka untuk skuad kebangsaan Thailand.”

“Saya sangat gembira untuk Pawee (Tanthatemee), dia melakukan penampilan pertama dan muncul sebagai man of the match didepan 10,000 penonton. Ini yang menjadikan kami sebagai jurulatih sangat bangga.”

“Mereka bekerja keras dan mendapat hasil. Mereka bersaing kuat sejak dari hari pertama (latihan), sesi latihan berlangsung dengan kualiti yang tinggi dan ini punca mereka layak untuk turun bermain.”

“Saya sangat gembira dengan keputusan dan strategi yang kami pilih. 4 perlawanan, 12 mata (dikutip) dan kami tahu ia akan kembali ‘kosong’.”

Nice feeling now, bila layak ke separuh akhir, siapa peduli mengenai peringkat kumpulan. Nobody!

“Jadi, fokus dan terus bekerja keras.”

3 Sebab Mano Polking Tukar 100% Kesebelasan Utama Thailand Bertemu Filipina

Ketua jurulatih Thailand itu turut diajukan soalan mengenai pemilihan pemain dalam barisan kesebelasan utama yang turun menentang pasukan Singapura.

Mano Polking telah melakukan pertukaran 100% pemain dalam kesebelasan utama dan berjaya mencatatkan kemenangan selesa 2-0, dan perkara itu menjadi persoalan apakah beliau cuba bermain dengan risiko atau ada sebab lain.

“Ketika saya berfikir mengenai perkara itu, apa yang boleh saya beritahu adalah ada 3 sebab utama (disebalik keputusan tersebut) dan kami tahu ia amat berisko.”

1) Pemain Yang Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama Layak Bermain.

“Sebab pertama adalah kerana pemain-pemain itu deserved untuk diturunkan kerana kerja keras yang mereka pamerkan sejak kami berkumpul bersama.”

“Mereka memberikan saingan hebat dalam sesi latihan kepada pemain-pemain yang memiliki nama yang lebih besar dan mempunyai minit permainan yang lebih banyak.”

“Kami mempunyai peluang (menurunkan mereka), walaupun tahu risikonya, tetapi pemain-pemain ini deserved to play. Itu adalah sebab pertama.”

2) Peluang Untuk Mano Polking Menilai Aksi Pemain Dalam Perlawanan Sebenar

“Sebab ke-2 adalah untuk membolehkan saya mempunyai lebih peluang untuk menilai aksi pemain-pemain kerana kita masih mempunyai banyak (perlawanan) akan datang. Kalau mahu ke final, kami akan ada 4 perlawanan dalam 10 hari.”

“Ada pemain-pemain yang saya tidak boleh nampak mereka beraksi dibawah tekanan dalam perlawanan sebenar. Hanya latihan mereka memberikan segalanya tetapi latihan adalah latihan, perlawanan adalah perlawanan.”

“Saya mahu lihat mereka, semua pemain sebab seperti semua tahu kita memulakan latihan selama 20 hari. Saya tidak mempunyai perlawanan persahabatan atau apa-apa sebelumnya, untuk memiliki penilaian yang jelas terhadap pemain yang boleh dipilih beraksi untuk pasukan.”

3) Memberi Rehat Kepada Pemain Yang Telah Beraksi Cemerlang Sebelumnya

“Sebab ke-3 adalah untuk memberikan rehat yang cukup kepada pemain-pemain utama yang telah beraksi dengan cemerlang dalam perlawanan sebelum ini dan membolehkan saya memiliki waktu latihan biasa dengan mereka.”

“Kami tukar sepenuhnya cara kami melakukan latihan dengan 2 kumpulan. Mereka yang bermain dalam perlawanan sebelum ini memiliki 8 hari untuk melakukan persiapan perlawanan separuh akhir.”

“Kita susah untuk ada (selang waktu) sebegini dalam kejohanan yang pendek, tetapi kini kita ada peluang melakukannya.”

“Sebagai contoh, mereka (pemain yang direhatkan) pergi gym melakukan strength training.”

“Dan ini adalah 3 sebab utama kami membuat keputusan itu walaupun tahu ia berisiko.”

Jelas, dari apa yang dikatakan oleh ketua jurulatih Thailand ini, mereka mempunyai satu skuad yang bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa dan hanya bergantung kepada apakah strategi yang mahu digunakan berdepan lawan.

Thailand akan turun dalam saingan separuh akhir berdepan juara bertahan Vietnam pada 23 dan 26 Disember nanti.

 Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tan Cheng Hoe Dedahkan Punca Mengapa Dion Cools Diarahkan Bermain Dibahagian Atas

Pemain Malaysia ‘Kaput’ Awal, Gagal Saingi Intensiti Dan Tempo Pasukan Indonesia Punca Utama ‘Barai’

77.78% ‘Winning Rate’ Park Hang-seo Berdepan Pasukan ASEAN, Indonesia Dan Kemboja Bakal Menjadikannya 80%?