Meskipun tidak berjaya menempah tiket beraksi dalam pusingan akhir Kejohanan AFC B-16 pada tahun depan, pengendali skuad bawah 15 tahun negara (B-15), P. Maniam memuji sikap anak buahnya yang tidak mudah putus asa dan berjuang hingga minit akhir perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Malaysia yang beraksi dengan 10 orang pemain bangkit daripada ketinggalan 0-1 dan berjaya mendahului Jepun, 2-1 pada minit ke 83. Bagaimanapun, pemain lawan berjaya manfaatkan peluang di minit akhir untuk menyamakan kedudukan sekaligus menghancurkan peluang mereka untuk beraksi di pentas Asia itu.

“Kita turun dengan mindset untuk mencari kemenangan dan kami mulakan perlawanan dengan baik. Boleh nampak banyak perkara positif tentang permainan mereka. Semangat juang yang tinggi telah dipamerkan walaupun bermain dengan 10 orang.

“Apapun, saya bangga menjadi jurulatih mereka dan percaya mereka mampu mewakili skuad senior satu hari nanti,” kata Maniam selepas tamat perlawanan.

70745761_2394310643999019_1686703781070241792_o
FOTO: FAM

Dengan keputusan 2-2 itu, Malaysia mengumpul 4 mata dan gagal menempatkan diri dalam 4 pasukan naib juara pasukan terbaik. Laos menghuni kedudukan kedua dalam kumpulan selepas menewaskan Kemboja, 1-0 semalam tetapi turut gagal mara ke pusingan akhir kejohanan AFC B-16.

Artikel lain mengenai pasukan remaja Malaysia untuk dibaca.

Tandukan Nabil Qayyum Pastikan Malaysia Juara AFF B-15

Kelayakan AFC B-16: Malaysia Bermula Dengan Langkah Kanan

Lima Pemain Malaysia B-15 Terpaksa Disisihkan Akibat Demam Dan Selesema