Pengurus Itali, Roberto Mancini menyatakan bahawa Jorginho adalah yang paling layak memenangi Ballon d’Or kali ini. Ini selepas pemain itu membantu Chelsea menjuarai UCL dan membantu Itali menjadi juara Eropah.

Jorginho antara pemain Itali yang berada dalam senarai 30 senarai akhir Ballon d’Or termasuk Nicola Barella, Gianluigi Donnarumma, Leonardo Bonucci, dan Giorgio Chiellini.

Mancini enggan mengambil kredit di atas kejayaan pemain pemain ini berada dalam senarai finalis 30 tersebut.

“Mereka adalah pemain yang baik dan tentu saja mereka tidak berada di sana kerana saya,” kata Mancini kepada laman web UEFA.

“Saya rasa Jorginho seharusnya dia yang akan memenangi Ballon d’Or dan dia benar-benar layak mendapatnya.”

“Agak pelik kalau dia bukan pemenang Ballon d’Or kali ini.”

Jorginho bersaing dengan beberapa nama besar lain yang dianggap pilihan. Senarai 30 calon akhir Ballon d’Or sudah didedahkan. Dan ada beberapa nama memang kita jangka ada di dalamnya.

Dua pemenang Ballon d’Or terbanyak dalam sejarah, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi turut berada dalam 30 akhir.

Penyerang sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski berpeluang memenangi Ballon d’Or pertamanya, selepas anugerah itu tidak dianjurkan untuk musim lalu, ketika dia memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA Best.

Nama Karim Benzema juga turut menarik perhatian kerana pemain itu dalam prestasi terbaiknya dalam dua musim ini.

MCCCMWMCB

Ramai pemain Itali kali ini dalam senarai termasuk Jorginho. Ini kerana kejuaraan mereka pada Euro 2020 benar benar memberikan impak kepada pencalonan kali ini.

Selain Jorginho, nama nama lain dari Azzurri termasuk Giorgio Chiellini, Donnarumma dan Leonardo Bonucci.

Sementara dari England, pemain seperti Phil Foden, Mason Mount, Harry Kane dan Raheem Sterling tersenarai.

EPL turut memiliki wakil lain seperti Kevin de Bruyne, Rúben Dias, Bruno Fernandes, N’Golo Kanté, Romelu Lukaku, Riyad Mahrez dan Mohamed Salah.

Kylian Mbappe dan Erling Haaland juga antara nama yang berada dalam persaingan kali ini.

Bintang muda Sepanyol yang tidak henti henti bermain, Pedri mengetuai calon dari Sepanyol bersama sama denegan pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta.

Berikut adalah senarai penuh 30 calon akhir.

Siapa yang anda akan rasa bakal membawa pulang Ballon d’Or pada kali ini?