Red Devils menang bergaya di hadapan penyokong mereka sendiri pada hari perlawanan yang berlaku pada minggu di mana kelab itu dilaporkan sudah menerima beberapa bidaan untuk menjadi pemilik baharu.

Manchester United berjaya menewaskan Leicester City 3-0 dalam Liga Perdana Inggeris semalam.

Tambahan tiga mata lagi untuk United itu menjadikan Red Devils kini hanya lima mata di belakang Arsenal yang mengungguli kedudukan teratas.

2 gol Rashford dan 1 lagi daripada rakan senegaranya, Jadon Sancho membuatkan United meneruskan rentak cemerlang mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Keputusan ini menjadikan Manchester United kini berada di tangga ketiga dengan 49 mata selepas 24 perlawanan. Sementara itu, Leicester berada di tangga ke-13 dengan 24 mata selepas beraksi 23 perlawanan.

Walaupun United menang besar, namun Leicester yang lebih banyak mengancam kubu pertahanan mereka pada awal perlawanan. Sejak minit ke-8 lagi Leicester melakukan ancaman bahaya.

Di mana Harvey Barnes menerima hantaran licik daripada Iheanacho dan merembat dari dalam kotak penalti, tetapi rembatan kaki kanan Harvey Barnes berjaya disekat oleh David de Gea.

Seminit kemudian, tandukan Harry Souttar melantun melepasi gawang Manchester United.

Tekanan berterusan dilakukan Leicester, apabila pada minit ke-11. Kelechi Iheanacho melepaskan rembatan dari jarak jauh, tetapi tersasar dari sasaran.

Souttar mendapat satu lagi peluang dari sepakan sudut pada minit ke-16, tetapi tandukannya sekali lagi gagal menemui sasaran.

De Gea tampil cmerlang sekali lagi untuk menyelamatkan gawang Red Devils pada minit ke-21 selepas menepis tandukan yang cantik oleh Iheanacho.

Empat minit kemudian, akhirnya Manchester United yang mendapat gol pembukaan dalam perlawanan ini.

Marcel Sabitzer merampas bola dari Leicester di tengah padang, kemudian segera menolaknya kepada Bruno Fernandes.

Pemain tengah Portugal itu kemudiannya menggunakan outside boot beliau untuk melakukan hantaran bagi melepaskan Marcus Rashford yang bergerak melepasi perangkap ofsaid.

Pada kedudukan 1 lawan 1, Rashford tiada masalah menewaskan Danny Ward untuk menceriakan penyokong tuan rumah.

Ketinggalan satu gol, Leicester cuba membalas. Kiernan Dewsbury-Hall melepaskan rembatan jarak jauh pada minit ke-31 tetapi gagal menerjah gawang.

Man United kemudian hampir menambah jaringan pada minit ke-37, tetapi percubaan Diogo Dalot di hadapan gol tersasar di sebelah kiri.

Pada separuh masa kedua, Rashford mengganakan kelebihan untuk Manchester United pada minit ke-56. Rashford sekali lagi melepasi perangkap ofsaid, menerima hantaran daripada Fred.

Dalam situasi satu lawan satu, dia berjaya memperdaya Ward untuk menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan itu.

Keraian gol terpaksa dihentikan kerana Rashford melihat bendera ofsaid dinaikkan. VAR akhirnya membatalkan keputusan penjaga garisan dan memberikan gol kepada Rashford.

Lima minit selepas itu, Jadon Sancho menjadikan kedudukan 3-0. Dia melakukan pertukaran hantaran kemas dengan Bruno Fernandes.

Tamat perlawanan, Red Devils menang bergaya menewaskan Leicester 3-0.