Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Manchester United menolak tawaran daripada West Ham yang mahu mendapatkan Harry Maguire secara pinjaman,

Artikel Berkaitan:

Maguire dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford. Di mana dia kurang mendapat minit permainan. Maguire dianggap pilihan keempat dalam senarai bek tengah Manchester United ketika ini.

Ten Hag membawa masuk Lisandro Martinez sebagai salah seorang pemainnya dan sering menurunkan bersama pemain Perancis, Raphael Varane.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Luke Shaw, yang kebanyakannya adalah bek kiri telah dipilih untuk bermula di tengah-tengah pertahanan United mendahului nama Maguire.

Perkara itu membawa kepada spekulasi bahawa Maguire mungkin akan berpindah.

Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan bahawa United ingin mengekalkan Maguire dan menegaskan bahawa pemain itu bukan untuk dijual atau dipinjamkan ke kelab lain.

West Ham, yang kini menghuni tangga ke-18 dalam carta Liga Perdana Inggeris sedang mencari solusi kepada masalah pertahanan mereka.

David Moyes sudah mengemukakan cadangan kepada Manchester United bahawa West Ham mahu mendapatkan Maguire secara pinjaman.

Malangnya Erik Ten Hag ingin mengekalkan  Maguire kerana United masih berjuang dalam keempat-empat pertandingan.

Setakat musim ini, pemain antarabangsa England itu hanya membuat 15 penampilan, dengan tujuh daripadanya sebagai permulaan.

Ten Hag sebelum ini telah menjelaskan mengapa dia memilih pemain bek sisi, Luke Shaw mendahului Maguire untuk posisi bek tengah, terutamanya ketika kemenangan derbi Sabtu lalu menentang Manchester City.

Dia berkata: “Ia adalah satu keputusan yang besar tetapi apabila anda menganalisis profil Haaland dan gabungan dengan De Bruyne ia adalah tepat kerana Luke mempunyai kuasa fizikal untuk bersaing, pandangan taktikal untuk membuat keputusan yang betul dan kemahiran teknikal.”

“Ia benar-benar sepadan dengan baik tetapi dalam perlawanan lain dia boleh menyumbang lebih banyak lagi dalam posisi lebih ke bahagian sayap, ia adalah pilihan atas dasar taktikal.”

“Kita boleh lihat dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Kami mempunyai lebih ramai pemain dalam skuad kami yang mempunyai kapasiti untuk menjadi pelbagai fungsi dan kami boleh menggunakannya sebagai senjata.”