Bukan lagi rahsia, Man United mahukan Alex Telles dalam perpindahan kali ini.

Telles telah menjadi buruan banyak kelab besar termasuk PSG.

Pasukan bimbingan Thomas Tuchel itu turut mencari seorang bek kiri yang baharu.

Tetapi nama United menjadi pasukan dalam senarai teratas pada ketika ini ini.

Malah, pemain itu sendiri sudah menyatakan beliau mahu ke Man United untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Alex Telles merupakan pemain yang memiliki keupayaan yang sangat bagus ketika menyerang. Di mana musim lalu beliau menjaringkan 13 gol dan mencipta 12 assist.

United masih lagi berusaha menambahkan beberapa pemain dalam skuad mereka selepas membawa masuk Donny Van De Beek.

Rundingan dengan FC Porto ketika ini masih berjalan namun dengan sangat perlahan sekali.

Walaubagaimanapun Fabrizio Romano menyatakan Man United tetap berusaha untuk memuktamadkannya.

Alex Telles dianggap upgrade kepada Luke Shaw di posisi bek kiri jika beliau dibawa masuk.

https://twitter.com/ManUtd_Sources/status/1307026855967498240

Selain daripada itu Manchester United turut memiliki beberapa opsyen lain di dalam senarai perpindahan mereka untuk posisi bek kiri.

Baca juga perkembangan lain

Messi Dengan Terbuka Kutuk Cara Barcelona ‘Kick’ Luis Suarez

Ibrahimovic: “Berani Betul Covid Ni Mencabar Aku”

Piala Super Eropah: Bayern Berhempas Pulas Tewaskan Sevilla