Manchester United sedia bida Antony dengan nilai lebih tinggi, selepas bidaan pertama mereka ditolak.

Sebelum ini Manchester United mebida Anthony dengan nilai €80, namun ianya ditolak oleh Ajax. Laporan dari Belanda menyebut bahawa Red Devils akan kembali dengan tawaran baharu yang lebih tihggi iaitu.

EPL: Manchester United Tewaskan Liverpool, Ten Hag Nikmati Kemenangan Pertama Yang Bermakna

Di mana Manchester United sedia bida Antony dengan nilai €90 juta.

Angka itu hampir dengan tanda harga diminta Ajax yang meminta Mannchester United membayar €100 juta untuk pemain berusia 22 tahun.

Ajax masih belum berganjak dengan pendirian mereka bahawa mereka hanya akan menjual Antony dengan nilai €100 juta untuk Antony. Ini kerana Ajax mahukan €80 juta milik mereka dan €20 juta lagi adalah bayaran kepada Sao Paulo. Ketika membeli Antony dari Sao Paulo, Ajax bersetuju dengan klausa jualan sebanyak 20% akan menjadi milik Sao Paulo jika Antony dijual.

Man United pernah membayar angka €100 juta untuk membeli Paul Pogba beberapa tahun lalu.

Pemain tersebut sudah mendesak kelabnya menerima bidaan dari Manchester United dan memudahkan urusan perpindahannya ke Old Trafford.

Ini kerana Antony memberitahu rakan rakannya di sana bahawa dia sangat obses dengan Liga Perdana Inggeris terutama sekali tibanya peluang untuk menyarung jersi Manchester United.

Beberapa minggu lalu, kem Ajax yakin bahawa Antony akan terus kekal bersama mereka kerana adanya UCL. Namun Antony mengubah fikirannya selepas melihat projek Erik Ten Hag di Old Trafford ternyata mengujakan. Ini termasuk kejayaan Man United mendapatkan Casemiro dan kemudian menewaskan Liverpool.

Antony sempat memuat naik gambar dia dan abangnya yang merupakan ejennya sedang menyaksikan perlawanan di antara Manchester United dan Liverpool.

Antony sudah beberapa kali ponteng latihan sejak akhir akhir ini. Kerana dia protes mahu kelab menjualnya ke Manchester United.

Dengan pemain itu sudah mempersetujui tawaran peribadi ke atasnya dari segi gaji dan durasi kontrak. Cuma ketika ini, Ajax masih belum bersetuju dengan harga Antony.

Walaupun berusaha untuk mempertahankan agar Antony kekal, Ajax tetap menilai pelan B untuk perkara itu.

Ajax yang sedar bahawa Antony sudah mahu pergi, maka mereka kini sedang mempertimbangkan untuk membawa pulang Hakim Ziyech dari Chelsea.

Jadi, perpindahan Ziyech ke Ajax juga mungkin akan memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada Ajax akan melepaskan Antony ke Old Trafford.

Baca juga artikel:

EPL: Manchester City Seri Dengan Newcastle Di St James’ Park

Piala Carabao: Manchester City Lawan Chelsea Pusingan Ketiga