Manchester United masih gagal dalam usaha mereka mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

Sancho sebelum ini sudah menyatakan komitmen beliau kepada BvB. Tetapi United masih tetap berusaha mendapatkan pemain kebangsaan England itu.

Dengan jendela perpindahan yang hampir ditutup, Man United masih tidak dapat membawa masuk Jadon Sancho.

Dan kini mereka mulai mengalihkan perhatian untuk mendapatkan bekas pemain Dortmun yang kini beraksi bersama Blaugrana iaitu Ousmane Dembele.

Barcelona sudah memberikan lampu hijau kepada Ronald Koeman untuk melepaskan pemain itu jika beliau merasakan perlu.

Namun Man United hanya mahu meminjam pemain tersebut. Sebelum ini Dembele menolak untuk pergi sebagai pemain pinjaman ke Liverpool.

Dembele merupakan antara pemain berbakat. Namun seringkali diganggu oleh kecederaan.

ESPN melaporkan Dembele sudah mengalami 9 siri kecederaan sepanjang musim lalu.

Beliau penyerang sayap yang memiliki keupayaan menggunakan kedua dua belah kakinya dengan kualiti yang hebat.

Dembele pemain yang lincah dan pantas. Dembele ditandatatangani oleh Barcelona dari Borussia Dortmund pada 2017 dengan rekod perpindahan masuk kelab pada ketika itu.

Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer sudah menyatakan kepada pengurusan tertinggi bahawa beliau benar benar mahu menambah seorang lagi pemain sayap ke dalam pasukannya.

Man United pernah dikaitkan dengan bintang Aston Villa, Jack Grealish. Namun pemain itu sudah melanjutkan kontraknya di Villa Park. Menutup peluang United mendapatkan pemain itu musim ini.

Baca juga perkembangan lain

Hazard Cedera Lagi

Rodri Perlekeh Kemenangan Leicester: “Mereka Tak Main Bagus Mana Pun, Cuma Bernasib Baik”

Bundesliga: Hoffenheim Bantai Bayern 4-1 Dan Tamatkan Rekod Tanpa Kalah 32 Perlawanan