Manchester United sedia untuk mendapatkan Emi Martinez pada jendela perpindahan akan datang.

Penjaga gol Aston Villa itu bukanlah nama yang digemari peminat Man United selepas insiden dia menganjing peminat Red Devils selepas penalti Bruno Fernandes tersasar satu ketika dahulu.

Namun Erik Ten Hag mengenalpasti Martinez sebagai penjaga gol yang sesuai dengan sistem permainannya.

Emi Martinez dibangunkan sebagai ball playing keeper ketika di Arsenal.

Dia meninggalkan Arsenal untuk mendapatkan jaminan minit permainan bagi membolehkannya menjadi penjaga gol utama Argentina.

Dan sejak itu dia benar benar menjadi no.1 di Argentina dan kemudian membantu negara itu menjuarai Copa America, Finalissima dan juga Piala Dunia 2022.

Masa depan Martinez di Aston Villa kerap menjadi tanda tanya. Ini kerana, sebelum kedatangan Unai Emery, pemain itu sudah pernah menyatakan bahawa dia sudah sedia untuk berpindah ke kelab lebih besar yang bermain di UCL.

Martinez malah dengan terbuka menyatakan dia berminat untuk bermain di liga seperti Serie A untuk merasai cabaran baharu.

Manchester United dilaporkan mahukan Emi Martinez sebagai calon pengganti David De Gea.

Walaupun De Gea dalam proses rundingan untuk kontrak baharu. Namun kesilapannya dalam beberapa perlawanan sejak akhir akhir ini membuatkan Ten Hag mempertimbangkan banyak perkara.

Manchester United tidak berseorangan memburu khidmat Martinez. Kelab London, Chelsea juga dilaporkan berminat mendapatkan pemain itu.

Setelah Chelsea dilaporkan gagal mencapai kesepakatan dengan Edouard Mendy untuk kontrak baharu.

Tottenham turut sedia memasuki gelanggang persaingan. Di mana mereka merasakan bahawa ada pattern penurunan pada Hugo Lloris.

Jadi ke manakah destinasi Martinez selepas ini? Dia pada masa ini benar benar fokus kepada Aston Villa, selepas kehadiran Unai Emery.

Emi Martinez dilihat kembali bersemangat untuk Aston Villa.