United mahukan Casemiro pada jendela perpindahan kali ini. Perkembangan ini agak mengejutkan. Walaupun kita memang tahu Manchester United terdesak mahukan pemain tengah yang berkualiti.

Manchester United bergelut dalam dua perlawanan pertama musim ini. Seringkali meletakkan Christian Eriksen di posisi no.6, ternyata kurang membantu barisan pertahanan mereka.

Selain itu Manchester United masih tidak mengaku kalah untuk memburu khidmat Frenkie De Jong. Tetapi pemain itu jelas sekali masih berkeras mahu terus kekal bersama dengan Barcelona.

Casemiro merupakan pemain yang sudah berstatus legenda bersama Real Madrid. Beliau membentuk trio bahagian tengah yang sensasi bersama sama dengan Luka Modric dan Toni Kroos. Di mana trio tersebut memiliki 5 kejuaraan UCL sepanjang karier mereka di Real Madrid setakat ini.

Setakat ini tiada bidaan rasmi dibuat, namun Man United sudah sedia mengemukakan kertas cadangan kepada Real Madrid.

Walaupun Manchester United mahukan Casemiro dan sedia membayar £50 juta untuk pemain antarabangsa Brazil itu, namun pemain itu gembira dengan Real Madrid.

Dia tidak menunjukkan tanda tanda dia berminat untuk meninggalkan projek di bawah bimbingan Carlo Ancelotti.

Casemiro Modric

Namun sebelum ini Manchester United pernah mendapatkan Raphael Varane dari Real Madrid. Mereka yakin dapat menggunakan formula yang sama untuk memujuk Casemiro datang ke Old Trafford.

Walaupun Real Madrid kehilangan Casemiro sekalipun, Luka Modrid dan Kroos masih lagi memiliki beberapa calon lain yang mampu menjadi gandingan mereka. Antaranya Fede Valverde, Eduardo Camavinga, Dani Ceballos dan pemain baharu mereka, Aurelien Tchouameni.

Casemiro tiba di Real Madrid pada 2013 dari Sao Paulo sebagai pemain yang tidak dikenali. Madrid membayar sekitar £5 juta sahaja untuk pemain tersebut pada masa itu. Dia sempat berkelana ke Porto secara pinjaman untuk membangunkan kemahirannya. Dan kembali semula pada 2015. Dia kemudian terus berkembang menjadi bakat elit di Real Madrid.

Buat masa ini, tiada tanda tanda Casemiro akan meninggalkan Real Madrid. Jadi, jika Manchester United mahukan Casemiro, mereka nampaknya memerlukan satu tawaran yang benar benar luar biasa untuk pemain itu.

Jika ianya menjadi kenyataan, Casemiro bakal bergabung semula dengan Raphael Varane dan juga Cristiano Ronaldo.

Baca juga artikel:

Messi Tak Tersenarai Dalam Perebutan Ballon D’Or, Ronaldo Pula ‘Lepas’

Assist Dan Gol Casemiro Minit Akhir Selamatkan Real Madrid Dari Kalah Lagi

Man United Nafi Ancam Tamatkan Kontrak Cristiano Ronaldo Kerana Sikapnya