Chelsea menjamu kunjungan Manchester United di Stamford Bridge dalam aksi Liga Peraan Inggeris.

Di mana kedua dua pasukan harus berpuas hati dengan sekadar berkongsi 1 mata.

Chelsea memperagakan aksi lebih ofensif berbanding dengan Manchester United, pada separuh masa pertama.

Daripada wisel permulaan lagi, Chelsea segera mengasak dan mencipta beberapa peluang menerusi Hakim Ziyech dan Callum Hudson-Odoi.

United bertahan dengan 7 pemain di blok rendah mereka dan cuba melancarkan serangan balas. Pada minit ke-21, taktik Man United hampir berjaya menembusi gawang Chelsea menerusi percubaan Bruno Fernandes. Malangnya Fernandes gagal melakukan percubaan tepat.

10 minit kemudian, bek tengah The Blues, Antonio Rudiger, melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang melepasi jangkauan David De Gea. Malangnya, bola tetap tidak masuk.

Pada akhir separuh masa pertama, Chelsea terus buntu mendapatkan gol dan masuk ke bilik persalinan dengan skor tanpa jaringan.

Separuh masa kedua, Chelsea terus menyambung dominasi mereka. Namun begitu, The Blues menerima padah apabila pemain tengah mereka Jorgimho melakukan kesilapan dan Man United melancarkan serangan balas kilat.

Jadon Sancho menjaringkan gol menewaskan Edouard Mendy yang berdepan situasi 2 lawan 1.

Namun pendahuluan Man United bertahan kurang 20 minit. Kerana The Blues diberikan sepakan penalti, kerana kekasaran Wan Bissaka ke atas Thiago Silva. Jorginho tiada masalah menyempurnakan penalti tersebut.

Pada minit ke-87, Edouard Mendy melakukan kesilapan dengan menghantar bola terus menuju ke arah Fred. Malang sekali bintang Brazil itu hanya melakukan rembatan yang tak bermaya.

Man United kemudian memilih untuk terus bertahan dan cuba membawa pulang 1 mata.

Chelsea mendapat peluang keemasan terakhir dalam perlawanan ini menerusi Antonio Rudiger. Namun rembatannya meliar.

Tamat perlawanan, Chelsea 1 Manchester United 1.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca juga artikel

Zidane Tak Suka Budaya Kerja PSG

TERKINI: Ralf Rangnick Capai Kesepakatan Jadi Pengurus Interim Manchester United

Henry Ingatkan PSG Tak Akan Juara UCL Jika Trio Bintang Malas Bertahan