Manchester United mempersiakan peluang untuk menambahkan lagi jurang mata di tangga ketiga selepas sekadar seri dengan West Ham United di Old Trafford.

Keputusan seri itu memastikan United memintas Chelsea untuk berada di 4 teratas dengan berada di tangga ketiga.

Man United Masih berusaha untuk melayakkan diri mereka ke Liga Juara Juara Eropah pada musim depan.

Dengan Leicester yang keciciran mata, United pastinya berharap dapat menjarakkan lagi mata.

Dalam perlawanan di Anfield, Chelsea kalah 5-3 di tangan juara Liverpool.

Kini United menghuni tangga ketiga. Namun mereka masih memerlukan kemenangan pada hari terakhir EPL untuk mengesahkan kelayakan mereka ke UCL musim hadapan selepas gagal layak musim ini.

West Ham United ternyata memberikan saingan yang sengit kepada anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer.

Malah pasukan pelawat terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh Michal Antonio pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Ianya selepas Paul Pogba menampan bola dengan tangannya.

Paul Pogba memintas maaf kepada rakannya selepas kesilapan tersebut.

Manchester United menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi pemain muda sensasi mereka Mason Greenwood yang tenang menerima bola di tight area dan menjaringkan gol.

Tamat perlawanan dengan keputusan seri 1-1. Manchester United akan membuat perhitungan terakhir mereka pada hari terakhir EPL musim ini berdepan dengan pesaing ke slot UCL iaitu Leicester.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Liverpool Menang 5-3 Ke Atas Chelsea Pada Hari The Reds Menjulang Trofi EPL 2019/20

Detik De Gea Dipanggil Karius Oleh Rakan Senegaranya

Pep Anggap EPL Bertuah Bakal Miliki Marcelo Bielsa