Aaron Wan-Bissaka nampaknya kelihatan akan terus kekal bersama Manchester United selepas jendela perpindahan Januari 2023.

Spekulasi mengenai masa depan Aaron Wan-Bissaka telah menjadi subjek yang kerap dibincangkan di Manchester United.

Sebelum ini Erik Ten Hag sudah menyatakan bahawa pemain itu tidak akan terjamin kedudukannya sebagai bek kanan no.1 kelab.

Kemudian Wan Bissaka benar benar kehilangan tempat kepada Diogo Dalot yang dilihat lebih sesuai dengan corak taktikal Erik Ten Hag.

Aaron Wan-Bissaka kemudian diberitahu bahawa kelab sedia untuk melepaskannya jika pemain itu mahu menyertai kelab lain.

Namun dengan syarat Man United mendapat harga yang memuaskan. Manchester United dilaporkan meletakkan tanda harga sekurang kurangnya £50 juta untuk pemain itu.

Tiada kelab sanggup membayar Wan-Bissaka jumlah sebesar itu pada musim panas yang lalu.

Dan kini, Aaron Wan-Bissaka sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan pada musim sejuk ini.

Kali ini United dikatakan sedia mendengar tawaran bermula £25 juta untuk pemain tersebut.

Bekas kelabnya, Crystal Palace dilaporkan berminat untuk membawanya pulang dari Manchester United.

Selain daripada Palace, kelab seperti West Ham dan Wolves juga dikatakan berminat dengan Wan-Bissaka.

Palace memulakan langkah lebih pro aktif memburu pemain itu.

Tetapi Palace menegaskan bahawa mereka tidak mahu membayar wang £25 juta yang dianggap terlalu mahal.

Maka, tiada kesepakatan dicapai antara kedua dua kelab. Dan kini Man United sudah sedia menutup pintu kepada Palace untuk mendapatkan Wan-Bissaka.

Ini kerana, menurut laporan terbaru oleh TalkSport, menyatakan bahawa Manchester United kelihatan bakal mengubah pendirian mereka tentang pemain itu.

Hal ini kerana, Aaron Wan-Bissaka menunjukkan peningkatan ketara dalam sistem permainan taktikal Ten Hag dan dia dijangka akan terus kekal bersama Manchester United.

Erik Ten Hag kini telah berubah fikiran. Pengurus memutuskan untuk mengekalkan pertahanan.

Aaron Wan-Bissaka sejak akhir akhir ini berjaya menunjukkan aksi yang sangat baik di bahagian pertahanan Man United.

Ternyata dia dapat menampung ketiadaan Diogo Dalot yang kini masih cedera.

Ten Hag menganggap Aaron Wan-Bissaka sebagai pemain yang sangat profesional dan menunjukkan peningkatan yang memuaskan hatinya.

Sekaligus tidak perlu untuk terdesak mahu mendapatkan pemain baharu di posisi tersebut.

Dalam perkembangan lain, Manchester United masih dalam rundingan untuk melanjutkan kontrak Diogo Dalot.