Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Manchester United dan Real Madrid dilaporkan sudah mencapai kesepakatan untuk harga Raphael Varane.

Proses tersebut akan memudahkan Varane untuk menyertai Man United kerana sebelum ini pemain antarabangsa Perancis itu sudah bersetuju dengan syarat dan terma peribadi ditawarkan.

Man United dilaporkan akan membayar £35 juta untuk Raphael Varane dengan bonus tambahan yang akan menyusul sekitar £7 juta lagi. Namun itu akan dibayar berdasarkan klausa bonus di masa akan datang.

Varane dijangka akan terbang ke Manchester minggu hadapan untuk menyelesaikan prosedur pemeriksaan medikal.

Varane menjadi sasaran utama Man United sebagik sahaja mereka melengkapkan perpindahan Jadon Sancho.

Kini pasukan itu memiliki pemain yang berpengalaman di peringkat kelab dan antarabangsa. Varane sebelum ini menolak lanjutan kontrak di Real Madrid kerana tertarik untuk merasai cabaran baharu di EPL.

Dikatakan Man United menjadi pasukan yang benar benar serius dalam mendapatkan tandatangan pemain tersebut.

Ole Gunnar Solskjaer mencari gandingan terbaik untuk Harry Maguire di bek tengah. Dan Varane dikenalpasti sebagai calon utama.

Varane menjadi nama penting dalam sejarah Real Madrid bersama dengan pemain seperti Sergio Ramos.

Di mana beliau membantu kelab itu menjulang 4 kejuaraan Eropah ketika di sana.

Pemergian Varane pastinya perlu digantikan segera oleh Real Madrid yang turut kehilangan Sergio Ramos sebelum ini. Di mana legenda kelab itu menyertai PSG secara percuma selepas gagal mendapatkan kontrak baharu dengan Real Madrid.

Varane akan diumumkan terus sebagai pemain United minggu hadapan sebaik sahaja semua urusan selesai.

Baca juga artikel

Man United Menyesal Bagi Kontrak Terlalu Besar Kepada De Gea, Dijamin Dapat £75 Juta

Varane Mahu Ke Man United, Tolak Lanjutkan Kontrak Di Bernabeu

Wijnaldum Kutuk Penyokong Liverpool Di Media Sosial, Nafi Ke PSG Kerana Wang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group