Manchester United dilaporkan telah membatalkan acara majlis Anugerah Pemain Terbaik Tahunan musim ini selepas pemain enggan menerimanya.

Pemain pemain Manchester United dilaporkan tidak mahu menyertai anugerah tersebut kerana mereka malu dengan prestasi mereka pada musim ini.

Acara itu adalah malam gala tahunan anjuran MUTV. Ianya acara tertutup melibatkan pemain pemain dan juga legenda kelab yang hadir.

Acara tersebut dianggap sebagai salah satu acara penting dalam kalendar tahunan kelab. Legenda seperti Sir Alex Ferguson antara tetamu yang kerap hadir.

Para pemain United dilaporkan sebulat suara meminta acara itu kali ini dibatalkan kerana mereka merasa janggal menerima anugerah untuk musim yang dianggap paling teruk.

Prestasi buruk Man United pada musim ini membuatkan mereka terlepas slot ke UCL musim hadapan. Walaupun mereka memiliki pasukan dengan bintang mega seperti Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho, Pogba dan David De Gea serta Varane.

Musim yang teruk kali ini menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November dan digantikan oleh pengurus interim Ralf Rangnick. Dan Rangnick masih gagal menyelamatkan United.

Manchester United menamatkan musim ini tanpa sebarang piala buat kali kelima musim berturut turut.

Bruno Fernandes memenangi anugerah Sir Matt Busby Player of the Year selama 2 musim berturut turut, dan musim lalu Luke Shaw dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Manchester United pilihan pemain.

https://twitter.com/MOVIESSHOWS7/status/1527508994906103819

Anugerah tersebut mungkin masih akan diberikan kepada pemain. Namun tidak melalui majlis gala.