Manchester City singkir juara bertahan Liverpool daripada pertandingan Piala Carabao dalam aksi yang sarat gol.

Gol pertama Nathan Ake sejak April membantu Manchester City mara ke suku akhir untuk menempah pertemuan dengan Southampton.

Manchester City mendahului tiga kali dalam perlawanan ini. Namun dua pendahuluan yang pertama mereka berjaya diikat oleh Liverpool.

Pada kedudukan 2-1, Mohamed Salah kemudian menyamakan kedudukan hanya seminit selepas gol pendahuluan tersebut.

De Bruyne dan Haaland cemerlang bantu City singkir juara bertahan

Kevin De Bruyne menjadi pemain yang terlalu bagus untuk Liverpool hadap di tengah.

Seperti mana perananannya dalam gol pertama untuk gol pembukaan Erlong Haaland, De Bruyne menghantar hantaran silang tepat kepada Ake yang bebas dan menanduk masuk.

Haaland mengukuhkan statusnya sebagai pemangsa berbisa di hadapan gol dengan gol ke-24 beliau dalam semua pertandingan musim ini. Haaland yang kelihatan sangat segar bugar dalam perlawanan ini selepas rehat secukupnya sepanjang Piala Dunia 2022 yang lalu.

Gandingan Haaland dengan De Bruyne musim ini benar benar menjadi. Kedua dua pemain tersebut menjadi pemain Liga Perdana Inggeris yang paling tajam dan paling kreatif.

Berbeza dengan Darwin Nunez, walaupun menyumbang assist dalam perlawanan ini, pemain antarabangsa Uruguay itu melakukan 3 percubaan tersasar menyilang depan gol.

Akhirnya, Manchester City layak menang dan singkir juara bertahan  – Liverpool – selepas aksi lebih dominan dan mencipta lebih banyak peluang, mengekalkan Pep Guardiola di landasan untuk kemenangan kelimanya dalam pertandingan ini.

Jika berjaya menjuarai Piala Carabao pada musim ini, ia  akan menjadikannya pengurus paling berjaya dalam sejarah pertandingan tersebut.

Aksi suku akhir

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu akan berkunjung ke Southampton dalam pasuingan suku akhir yang akan bermula 9 Januari 2023.

Sementara perlawanan lain menyaksikan Manchester United akan menjamu kunjungan Charlton Athletic, yang menjadi satu satunya pasukan bukan Liga Perdana Inggeris mara ke suku akhir.

Nottingham Forest akan menantikan kunjungan daripada Wolves.

Sementara pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik mereka, Newcastle akan melayan kehadiran Leicester City di St James’ Park.