Man City Setuju dilaporkan setuju dengan terma peribadi yang diminta oleh Jack Grealish menurut laporan The Athletic.

Pemain antarabangsa England berusia 25 tahun itu, bersama Harry Kane dari Tottenham, adalah sasaran perpindahan untuk juara Liga Perdana Inggeris tersebut.

City sudah menyediakan sekitar GBP175 juta sehingga GBP215 juta untuk mendapatkan dua pemain tersebut.

Harry Kane sebelum ini sudah memberikan bayangan bahawa beliau mahu mengubah angin kariernya untuk mencari trofi.

Namun City enggan mengganggu dua pemain tersebut dengan sebarang rundingan sebelum ini kerana kedua dua mereka berada di kem England untuk aksi Euro.

Dan kini City sudah sedia untuk berunding dan mengadakan perbincangan. Jack Grealish ketika ini masih bercuti dan perbincangan rasmi dengan pemain itu mungkin akan berlaku agak lewat.

Walaubagaimanapun, The Athletic melaporkan bahawa Man City sedia membayar Grealish jumlah gaji dan pakej yang tinggi seperti mana yang diminta pemain tersebut.

Sam Lee dari Athletic turut menegaskan bahawa Man City yakin pemain itu akan menyertai mereka kerana Grealish memberikan impressi pertama yang baik ke atas City.

Sam Lee mendakwa beliau mendapat maklumat daripada sumber dalaman di Man City yang menegaskan bahawa mereka yakin kesepakatan akan dicapai.

Tetapi Sam Lee turut menyatakan bahawa Grealish sedia untuk melanjutkan kontrak dengan Aston Villa. Dan kelab berusaha untuk memasukkan klausa pelepasan £100 juta.

Perbincangan antara Grealish dan Villa berlaku sebelum aksi Euro dan terhenti seketika.

Jika Grealish melanjutkan kontrak dengan Villa, maka City mungkin terpaksa menunggu sehingga semusim lagi untuk mendapatkan Grealish.

Baca juga artikel

Reputasi England Calar Selepas EURO, Impian Menjadi Tuan Rumah Piala Dunia ‘Sedang Mati’

Serie A Larang Penggunaan Jersi Hijau Kerana Siaran Langsung TV

Perez: Mourinho Bodoh Macam Ronaldo, Del Bosque Buta Taktikal Serta Penipuan Terbesar Bola Sepak