Manchester City dilaporkan bengang dengan Bayern Munich yang terus menganggu Leroy Sane.

Malah dalam perbincangan di antara lembaga pengarah di Etihad, nama Sane telah menjadi topik panas.

Bayern Munich semakin yakin akan mendapatkan Leroy Sane. Dan Man City mendengar ada desas desus, Bayern dan Sane sudah mencapai kesepakatan kontrak di belakang mereka.

Namun buat masa ini, tidak ada bukti kukuh yang mengaitkan perkara tersebut.

Terbaru Man City menerima bidaan yang di bawah nilai yang mereka minta daripada Bayern Munich.

City menuduh Bayern bermain taktik kotor dengan sengaja membuatkan pemain tersebut hilang fokus di City.

Manchester City melihat usaha Bayern Munich itu telah mengganggu perbincangan di antara City dan Sane untuk kontrak baharu. Sedangkan bidaan daripada gergasi Bavaria itu jauh daripada tanda harga dan valuasi yang mereka letakkan.

Tahun lalu Sane hampir menyertai Bayern. Namun malangnya perjanjian itu gagal diteruskan kerana Sane cedera ketika perlawanan perisai komuniti berhadapan Liverpool.

Bergiristain sudah memberitahu Bayern bahawa mereka hanya akan menjual Leroy Sane dengan harga yang sepatutnya.

Di mana Bayern meletakkan harga sekitar £100 juta. Tetapi Bayern merasakan pemain itu tidak lagi mencapai tanda harga itu.

Leroy Sane masih belum melanjutkan kontrak beliau di Manchester City. Situasi semasa Man City yang masih merayu keputusan untuk bermain di Liga Juara Juara Eropah juga mempengaruhi keputusan Sane untuk kekal.

Malah sebelum ini Kevin De Bruyne dengan terbuka menyatakan beliau mungkin akan pergi meninggalkan Man City jika kelab gagal dalam rayuan penggantungan dua tahun daripada UCL.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Koulibaly Berminat Sertai Newcastle Yang Bakal Jadi Salah Satu Kelab Terbesar Eropah

CEO Bangkang Idea Bermain Di Venue Berkecuali Kerana Villa Bakal Hilang Kelebihan

Barcelona Kerugian £121 Juta Kerana Koronavirus, Bayangkan Pula Kelab Kecil