Manchester United catat kemenangan berharga ke atas Tottenham Hotspur. Dan kini hanya berada mata daripada empat teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Tottenham Hotspur di Old Trafford pada hari Rabu.

Pemain tengah Fred dan Bruno Fernandes menjaringkan gol untuk membantu United catat kemenangan ke atas Spurs.

The Red Devils kini berada di tangga kelima dalam carta liga, satu mata di belakang Chelsea, dan empat mata di belakang Spurs di tempat ketiga dengan satu perlawanan dalam tangan.

Manchester United catat kemenangan bergaya dengan corak permainan yang sangat menarik ketika menentang saingan Big Six.

Pasukan bimbingan Erik ten Hag, yang sudah menewaskan Liverpool dan pendahulu liga, Arsenal di laman sendiri musim ini, menambah Spurs dalam senarai pasukan big six yang menjadi mereka menjelang kunjungan Sabtu ini ke Stamford Bridge untuk menentang Chelsea yang kini berada di tangga keempat.

Spurs tiba di Old Trafford setelah tewas hanya sekali dalam liga musim ini, dan kemenangan akan membawa pasukan Antonio Conte ke tempat kedua, hanya satu mata di belakang Gunners.

United mendominasi perlawanan dengan mencatatkan 28 percubaan ke arah gawang  Spur. Berbanding hanya sembilan yang dilepaska Tottenham.

Fred menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-47. Dengan gola terbias pada bek kanan Spurs, Ben Davies.

Fernandes menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-68 dengan percubaan melencong dari tepi kawasan penalti sebelum pemain tengah Portugal itu dinafikan gol kedua peribadinya kerana ofsaid.

Tetapi setelah bermain dengan aksi yang membosankan menentang Newcastle United pada hari Ahad, United kembali ke landasan kemenangan, walaupun penyerang utama mereka gagal menjaringkan gol sekali lagi.

Namun United dalam perlawanan ini benar benar menunjukkan kualiti berpasukan mereka seperti yang dimahukan Ten Hag.

Mungkin satu satunya perkara yang agak negatif adalah detik Ronaldo terus meninggalkan bangku simpanan sebelum perlawanan tamat. Ten Hag menyatakan dia buat masa ini fokus kepada keraian kemenangan dan akan bersemuka dengan Ronaldo tentang kelakuan pemain itu.