Manchester United berjaya menewaskan Nottingham Forest dan melangkah ke final Piala Liga Carabao 2022/2023.

Man United membawa kelebihan 3 gol daripada perlawanan pertama. Dan dilihat tidak akan ada sebarang masalah untuk menempah aksi final di Wembley menentang Newcastle.

Dalam aksi kedua di Old Trafford, Manchester United mencatatkan kemenangan 2-0 untuk menjadikan agregat 5-0 dalam dua aksi separuh akhir menentang Nottingham Forest.

Manchester United terlalu unggul dalam dua pertemuan ini. Dalam aksi di Old Trafford, United mencatatkan 13 percubaan dengan 6 tepat ke sasaran.

United mendominasi perlawanan sejak dari sepak mula. Namun sayangnya mereka tidak cukup kreatif pada 10 minit pertama.

Peluang pertama mereka hadir minit ke-18 menerusi Antony yang melakukan percubaan cantik yang melencong memaksa penjaga gol Forest, Wayne Hennessey melakukan penyelamatan.

Setan Merah kembali mengancam pada menit ke-29, kali ini dari Casemiro melalui tandukan bahayanya selepas menerima hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Luke Shaw.

Namun begitu, bola tepat dalam tangkapan Hennessey.

Nottingham Forest melakukan ancaman bahawa pada minit ke-34 menerusi percubaan Brennan dari jarak dekat yang diselamatkan penjaga gol sandaran  Man United, Tom Heaton.

Menit ke-45, Man United hampir mencetak gol melalui tandukan pemain tinggi lampai, Wout Weghorst.

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang gol.

Memasuki babak kedua, Man United tampil dengan intensiti lebih sederhana. Kerana mereka memiliki 3 gol agregat.

Pada minit ke-60 Alejandro Garnacho melakukan gerakan lincah dan merembat tepat. Tetapi diselamatkan Hennessey.

Man United akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi gol yang dicetak oleh Anthony Martial pada menit ke-73.

Martial, yang baru dimasukkan, melakukan larian dengan membawa bola dari tengah padang dan melorongkan kepada Rashford. Percubaan Rashford dihadang pertahanan Forest, bola terbias kembali kepada Martial yang terus merembat masuk.

Fred kemudian menambah 1 lagi gol 3 minit kemudian berpunca daripada hantaran lintang Bruno Fernandes kepada Rashford yang kemudian melorongkan kepada Fred untuk disudahkan pemain antarabangsa Brazil itu.

Tamat perlawanan Man United 2 Forest 0 dengan agregat 5-0 memihak Syaitan Merah. Manchester United melangkah ke final menentang Newcastle.

Bermakna Erik Ten Hag berpeluang memenangi trofi pertamanya bersama Man United pada musim debutnya.