Manchester United menempah slot semifinal Piala FA untuk kali ke-31 di dalam sejarah kelab tersebut. Ianya selepas satu aksi dramatik di Old Trafford.

Man United yang awalnya kelihatan bakal dikejutkan Fulham telah mendapati nasib mereka bertukar mengejut.

Ini selepas berlaku drama gila di kem Fulham. Di mana 3 kad merah dilayangkan kepada Fulham dalam beberapa minit.

Semuanya berlaku kerana masalah disiplin oleh Fulham terutama sekali daripada Marco Silva (pengurus) dan juga Mitrovic.

Mitrovic bertukar daripada hero menjadi zero selepas gagal mengawal dirinya.

Mitrovic sebenarnya meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-50.

Kira kira 20 minit selepas gol itu, Man United mendapat penalti. Ianya selepas Willian menyelamatkan bola dengan tangannya.

Pengadil Chris Kavanagh pergi ke monitor VAR untuk menilai sama ada ianya handball atau sebaliknya.

Di tepi padang pengurus pasukan, Marco Silva melakukan protes berlebihan dan dia dilayangkan kad merah terlebih dahulu.

Selepas selesai menyemak VAR, Chris Kavanagh melayangkan kad merah buat Willian dan penalti untuk Man United.

Mitrovic yang tidak berpuas hati dengan pengadil telah bertindak menolak pengadil dan ianya membuatkan pengadil melayangkan kad merah kepadanya.

Bruno Fernandes menyempurnakan penalti tersebut. Dan Fulham mendapati diri mereka dalam sengsara kerana diri sendiri.

Akhirnya melepaskan 2 lagi gol selepas itu. Untuk membolehkan Manchester United menang 3-1.

Man United benar benar mengambil kesempatan menerusi kelebihan 2 pemain yang mereka ada. Dua gol tambahan itu adalah menerusi Marcel Sabitzer dan 1 lagi gol Fernandes.

Dan akhirnya Manchester United mara ke semifinal piala FA 2022/23. Meneruskan pemburuan 3 piala mereka musim ini.

Man United akan menentang Brighton pada aksi semifinal yang akan dilangsungkan di Wembley.