Antony menjadi wira kemenangan dan melengkapkan kebangkitan United di Old Trafford ketika aksi menentang Barcelona.

Manchester United berjaya mengatasi Barcelona untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa apabila gol kemenangan Antony memastikan kemenangan 2-1 pada malam tadi dan kemenangan agregat 4-3.

Penalti awal Robert Lewandowski telah memberikan Barca permulaan yang sempurna di Old Trafford.

Tetapi pendahulu La Liga itu sekali lagi tidak berjaya melangkah ke peringkat kalah mati eropah apabila Fred menyamakan kedudukan pada awal babak kedua sebelum Antony mencipta momen terpentingnya setakat ini sejak tiba di Manchester dari Ajax.

Barcelona sebelum ini tersingkir dari UCL dan kali ini gagal melepasi pusingan play off untuk ke pusingan 16 akhir UEL pula.

Dua pasukan gergasi ini bertemu di peringkat ini selepas memulakan musim yang agak kurang meyakinkan. Namun kini kedua duanya dalam prestasi terbaik mereka di peringkat domestik.

Erik ten Hag terus cemerlang. Mengemudi pasukannya kekal dalam landasan mencabar 4 trofi pada musim ini.

United boleh menamatkan penantian selama enam tahun untuk memenangi piala pertama mereka apabila mereka menentang Newcastle dalam perlawanan akhir Piala Liga ataupun disebut Piala Carabao pada hari Ahad.

Namun Ten Hag tidak mahu merehatkan pemain utamanya untuk aksi UEL ini kerana dia mahu menewaskan Barcelona.

United kini tidak tewas di Old Trafford dalam 18 perlawanan sejak September tetapi terpaksa bangkit dari ketinggalan buat kali kedua dalam perlawanan itu.

Bruno Fernandes terlepas peluang terbaiknya pada awal untuk memberikan pasukan tuan rumah pendahuluan dalam masa tiga minit apabila percubannya diselamatkan oleh kaki Marc-Andre ter Stegen.

Barcelona tidak tewas dalam semua pertandingan sejak Oktober, apabila mereka disingkirkan daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di tangan Bayern Munich dan Inter Milan.

Walaupun mereka meningkat prestasi mereka di dalam aksi domestik di bawah Xavi Hernandez untuk merampas kedudukan teratas liga daripada Real Madrid, pasukan Catalan itu sekali lagi tidak mampu mara lebih jauh dalam ujian besar Eropah.

Barcelona malah mempersiakan banyak peluang gol dalam perlawanan ini.

Fernandes kemudian didakwa menarik Alejandro Balde dan pengadil Perancis Clement Turpin menimbulkan kemarahan Old Trafford dengan menunjuk titik penalti.

David De Gea sudah berjaya menjangkau sepakan penalti Lewandowski, tetapi bola itu gagal ditepis dengan lebih kuat dan masuk pada minit ke-18.

Kehilangan Gavi dan Pedri yang digantung membuatkan Barca tidak memiliki kualiti mereka di tengah seperti biasa.

Barca kemudian kelihatan lebih cuba untuk melindungi pendahuluan tipis mereka pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Ten Hag bertindak balas dengan menggantikan Wout Weghorst yang tidak memberikan impak dalam aksi kali ini dengan Antony.

Antony memberikan respons yang dikehendaki dalam masa dua minit.

Fernandes, dikembalikan kepada peranan tengah yang merupakan posisi utamanya. Dia memberikan impak segera di tengah dengan menghulurkan bola cantik kepada Fred.

Fred kemudian merembat masuk untuk menyamakan kedudukan pada minit ke

Man  United masih memerlukan kehebatan oleh De Gea untuk menafikan tandukan Jules Kounde dari jarak dekat.

Antony mendapat peluang 1 lawan 1 dengan Ter Stegen tetapi teragak agak untuk merembat atau melorongkan kepada Rashford dan akhirnya mempersia siakan peluang itu.

Namun pemain yang dibeli dengan harga £86 juta dari Ajax itu akhirnya memberikan kegembiraan untuk peminat Man United. Antony telah menjaringkan gol kemenangan, 17 minit sebelum masa tamat.

Selepas Alejandro Garnacho dan Fred melihat percubaan mereka disekat, bola itu melantun di hadapan Antony yang merembat dengan melencongkan bola melepasi lengan Ter Stegen yang tidak berdaya.

Gol Antony itu melengkapkan kebangkitan United yang awalnya ketinggalan di belakang Barcelona.

Tamat perlawanan Man United 2 Barcelona 1. United mara dengan agregat 4-3.

Saksikan rangkuman aksi di sini: