Manchester United dilaporkan sangat hampir untuk memuktamadkan perjanjian £68 juta untuk menandatangani pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong.

United sudah meletakkan bahawa perjanjian ini harus diselesaikan sebelum 30 Jun atau mereka terpaksa beralih kepada sasaran lalin.

Nampaknya Erik ten Hag akan mendapat tandatangan pertamanya pada jendela musim panas dalam beberapa hari akan datang, tetapi ia adalah perjanjian yang dianggap sangat rumit.

Richard Arnold sebelum ini memberitahu peminat bahawa John Murtough bekerja dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam dalam usaha membeli pemain yang dimahukan Ten Hag. Antara nama yang diusahakan ialah De Jong.

United pada mulanya mengemukakan bidaan pembukaan sebanyak £51.3 juta serta bonus untuk membeli pemain itu awal bulan ini – tawaran yang ditolak dengan pantas oleh Barcelona.

Pasukan Liga Perdana itu datang lagi dengan bidaan kedua sebanyak £56 juta pada Khamis tetapi sekali lagi tawaran itu ditolak, dakwa Marca.

Tetapi nampaknya kelab kedua dua kelab bakal bersetuju dengan yuran perpindahan £68 juta atau sekitar EUR80 juta untuk pemain antarabangsa Belanda itu.

Barcelona sebenarnya meletakkan tanda harga £73 juta (EUR90 juta) tetapi buat masa ini hanya United yang benar benar mahukan pemain itu. Kesukaran bermain dengan perang harga membuatkan Barca terpaksa menerima bayaran lebih rendah daripada mereka mahukan.

Pada masa yang sama, mereka sudah maklum bahawa Man United sudah menetapkan 30 Jun adalah tarikh akhir untuk rundingan ini. Barcelona terdesak mahu menjual De Jong untuk membolehkan mereka memperbaiki akaun FFP dan membantu mereka mendaftarkan pemain seperti Robert Lewandowski.

De Jong, yang membuat 60 penampilan untuk kelab dan negara musim lalu, merupakan pemain yang sangat dikagumi oleh Erik ten Tag selepas dia memainkan peranan penting dalam kejayaan Ajax pada 2019.

Ten Hag dilaporkan sentiasa mahukan kemaskini tentang perkembangan rundingan ini daripada pengurusan tertinggi, setiap hari.

Dan pemain tengah itu yang awalnya mahu bertahan di Barca, akhirnya yakin selepas mendengar rancangan bercita-cita tinggi bekas pengurusnya, kata The Mirror.